Pages

07 May 2022

Sungguh aku buta

Dari 2018 sehingga kini. Aku masih aku. Tapi yang lain belum tentu lagi. 
Mereka bukan lagi mereka yang dulu.


Daku yang setia pada yang satu, yakni pencipta.
Mata mu berekor melirik saat tatap kiblat nan satu . 
Kutubmu mendua
Takkan pernah satu.

Kasihan.
Mencari dan tercari.
Yang dinamakan pengganti.
Bila mana yang dicari takkan sama dengan yang menanti.

Umpama,
Arang tak akan pernah seindah permata.
Tapi manusis alpa
Arang bersama sebelum adanya permata.
Setia membakar.

Tapi yang bersinar akhirnya.
Yang dipuja.
Teratas tempatnya.
Pastilah permata

Jadilah karyawan yang menggilap arang jadi permata. 
Bukan ditebar debu hangusnya di akhir cerita.

Tak akan sama buluh & rebungnya.
Yang ditetak buluh. Dibuang bersepah
Yang dibawa pulang isi, dinikmati bersama. 
Diagung rebungnya. Bukan buluhnya

Lupakah?
Dari buluh yang bersepah ditakik jadi senjata
Dibentuk jadi rakit & rumah
Walau tak mampu memberi rasa di lidah
Mungkin mampu mengenyangkan batin sang Pencinta

Sungguh.
Yang terpilih sahaja.

15 April 2022

Batiniah


Baiki batiniah, zahirmu terbaiki sendiri
Latihlah batinmu, zahirmu terlatih sendiri

Apa tidak jelas
Berkerudung
Kemudian berselubung
Lebih alim dari si alim

Tiba masa,
Tiba ketika
Semua terlurut sudah
Tertanggal semua

Mudah lafaz istiqomah
Istiqomah walau tak kena tempatnya

Kerana yang dibaiki itu cuma zahirnya
Batinnya masa tetap sama.

Dalam dahulu, barulah luar
Hati dahulu, baru kulitnya

Semua angguk paham
Bila tiba masa pelaksanaan
Macam tekukur
Patuk tempat sama

Dalam
Dalam
Dalam

Tak perlu luar.
Dalam bermakna, luar bersinar.

27 March 2022

Aku menujunya


Aku menuju sana
Tanpa ada 1 permintaan Duniya
Aku tak minta dimurahkan rezeki
Aku tak minta kekayaan dunia
Yang ku damba, ketenangan hati
Keseronokan akhirah.

Doa itu termakbul.
Yang mengikuti ku, semua peroleh khabar gembira
Peroleh rezeki besar
Sangat tepat pada waktunya
Tepat pada tempatnya
On the spot dianugerah
Mereka kaget
Tak terkata.

Tapi tidak pada aku.

Benar sekali. 
Doa aku benar termakbul.
Aku tidak minta rezeki. 
Jadi aku tidak peroleh itu.
Aku cuma minta ketenangan hati.
Jadi aku cuma peroleh itu.
Bersyukur namun,

Gerun aku gerun
Dalam masa sama takjub juga
Indahnya keajaiban doa. 
Apa mintak, itulah yang dapat. 
Mudah kira-kiranya

Jujurnya
Ku agak tiris dengan dunia
Rasa lelah
Rasa tawar
Rasa tak punya apa

Terus ku tanya
Harus kenapa aku kejarnya lagi?
Tenangnya tak ada. 

Kemudian harini aku tersedar.
Aku dapat jawapannya.
Keseimbangan dunia dan akhirat itu
Bukan saja-saja disebut dalam kitab ya. 

Kita mungkin tak perlu kekayaan dunia
Tapi sekeliling kita mungkin memerlukannya
Yang punya keinginan tapi tiad kekuatan
Berbanding kita punya kelebihan, tapi tidak dimanfaatkan.


Renungkan
Banyak daun yang berpaut pada ranting 
Kita sibuk mengakar sampai lupa adanya dahan dan ranting 
yang masih bertahan

Kurang bekalan kehidupan?
Habislah daunnya
Bertaburan
Melayu
Tak bersisa.

Dalam mengejar akhirat, dunia main peranan juga

Tempat mendiamkan diri
Rezeki yang membekal tenaga
Kasih sayang saudara mara
Ketenangan jiwa
Hiburan sesudah bertemu pencipta
Itu semua berkait dunia.

Dengan ini. 
Lillahitaala
Akan ku kejar dunia sesungguhnya aku mengejar akhirah
Takkan ku biarkan mengering, ranting patah hingga bertaburan daun-daun yang tak bersalah.

Seribu maaf atas kekhilafan. 
Jutaan maaf untuk segala kekeliruan.
Jika Dia nak bagi, Allahu, akan ku terima
Dengan hati rela, lapang dada.
Aku sedar jua.

Siapa aku menidakkan rezekinya
Ampuni aku 
Setulusnya,
Dira



23 March 2022

Diam


Aku cuba untuk diam. 
Aku cuba 
Aku teruskan diam. 
Diam dan diam

Dalam diam tenggelam dendam.
Dalam diam terhapus geram
Dalam diam tak usah berlawan
Dalam diam, semua serba kelam

Dalam diam, timbul ilham
Dalam diam terbit ketenangan

Mungkin kali terakhir
Mungkin kedua akhir.
Tak perlu dinanti
Tak perlu diragui
Tak perlu dikhuatir

Semua sudah tertulis

23 October 2013

Homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar

Homestay Sungai Haji Dorani. Kali kedua ke sini dan tak teragak-agak untuk ulanginya buat kali ketiga :)


Menggogoh ikan , bbq ikan keli , tarian kuda kepang, bermain layang-layang, mencanting batik, nasi ambeng ,gotong-royong bersihkan surau, boling kelapa, terompah gergasi . Satu lawatan yang hampir sempurna :)

Ya sederhana tapi sempurna.


Tak nak dah cakap pasal aktiviti. Nak cakap perasaan sampai sini. Terasa berada di tempat asal usul melayu yang sebenar. Mula dari bawah , bermuafakat , sederhana namun bahagia. Duduk di kawasan bandaraya namun masih terpelihara segalanya.Obsesnya dengan sawah padi. Homestay 1 kepala RM 50 je. Ada rumah angkat.



Oleh kerana berlagak bajet pencinta alam sekitar, thus this time tak selfie bagai. Just enjoy the momment. Kawan snap 250 gambar tapi diri sendiri 5 gambar je ? Itupun dapat hidayah masa nak balik. Snaplah pakai phone kamera murah 2 mp dari atas bas je. Pun jadilah :) Phone picit-picit nokia.

Nasi Ambeng. RM 30. Untuk 4 orang makan. 


Dari atas bas yang berjalan


Siapa yang perlukan concrete wall kalau dah ada sawah padi ? Eceh.



Chaotic hectic segala mak nenek pun boleh blah. 

Dilarang rushing,
Keep calm and just enjoy the scenery.


Homestay Haji Dorani,
Jumpa lagi buat kali ketiga, Inshaa Allah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...