Baiki batiniah, zahirmu terbaiki sendiri
Latihlah batinmu, zahirmu terlatih sendiri
Apa tidak jelas
Berkerudung
Kemudian berselubung
Lebih alim dari si alim
Tiba masa,
Tiba ketika
Semua terlurut sudah
Tertanggal semua
Mudah lafaz istiqomah
Istiqomah walau tak kena tempatnya
Kerana yang dibaiki itu cuma zahirnya
Batinnya masa tetap sama.
Dalam dahulu, barulah luar
Hati dahulu, baru kulitnya
Semua angguk paham
Bila tiba masa pelaksanaan
Macam tekukur
Patuk tempat sama
Dalam
Dalam
Dalam
Tak perlu luar.
Dalam bermakna, luar bersinar.
No comments:
Post a Comment