Pages

12 July 2018

Berapakah jumlah minima pelaburan Unit Amanah / Unit Trust ?


Berapakah jumlah minimum pelaburan unit amanah ?

Anda pernah dengar ASB ? Amanah Saham Bumiputera ?

ASB juga sejenis unit amanah. Nak melabur dalam unit amanah tidak memerlukan jumlah yang banyak seperti berlabur secara langsung di kaunter bursa saham.

Bayaran unit amanah boleh dibahagikan kepada 2 :
Bayaran pokok (pelaburan pendahuluan)
Bayaran tambahan (pelaburan tambahan)

Sebagai contoh :
RHB Dana Maher

Pelaburan pendahuluan : RM 500
Pelaburan Tambahan : RM 100

 Jika pelanggan mahu menambah pelaburan mereka harus menambah dalam jumlah gandaan RM 100. Maksudnya perlu topup RM 100 ataupun RM 200 dan gandaan seterusnya


Syarikat RHB Asset Management :
Dana RHB Smart Treasue Fund
Pelaburan permulaan : RM 200
Pelaburan tambahan : Any amount


Ini bermakna, mula berlabur dengan harga RM 200 sahaj dan sebarang amount tambahan terserah kepada pelanggan. Sama ada RM 50, 100 ataupun apa-apa amount sekalipun


Perbezaan antara Pelaburan KWSP dan PRS

Saya percaya istilah kewangan bukannya istilah yang mesra di mata dan lidah sesetengah orang. Jadi biar kami rumuskan dalam cara paling senang. Biar mereka yang tiada latar belakang kewangan dan perbankan pun boleh faham.



Apa perbezaan PRS dan KWSP ?




♥️KWSP♥️

KWSP : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Pekerja sektor swasta wajib ada KWSP jika syarikat bekerja ada melebihi 7 orang pekerja.



Akaun KWSP dibahagikan kepada 2 akaun.


Akaun 1 :
Untuk persaraan (tidak boleh keluar selagi tidak 55 tahun melainkan anda mati atau lumpuh kekal)


Akaun 2 : 
Untuk persaraan dan pembiayaan bolehubah. Boleh dikeluarkan semasa 50 tahun 
ATAU awal dari 50 tahun dengan syarat untuk tujuan pelajaran, rumah, kesihatan, ptptn dan sebagainy yang diiktiraf kwsp



Yang menarik disini akaun 1 tak boleh SENTUH langsung ! Tapi kerajaan telah membenarkan pemilik kwsp diversify duit dalam akaun 1 anda. Ini bermakna mengeluarkan sejumlah kecil dari akaun 1 untuk berlabur di hampir 40 syarikat Unit Amanah Terpilih. Syarikat / Bank tidak ambil semua


Kes 1
Kwsp akaun 1 RM 100 000 namun hanya RM 18 ribu yang layak dilaburkan



Kes 2
Kwsp akaun 1 hanya ada RM 37 ribu namun hanya RM 2 ribu lebih sahaja layak dilaburkan.

Ada pengiraan yang terlibat. Anda boleh rujuk konsultan anda.




Kenapa kena labur duit kita luar dari Kwsp ? Kerana syarikat unit amanah seperti RHB Asset Management dan sbgainya menawarkan sehingga 15% keuntungan setahun malah lebih dari itu (pelaburan jangka panjang) !




♥️ PRS ♥️
--------------



Private Retirement Scheme oleh PPA (Private Pension Administrator. Salah satu skim persaraan untuk warga Malaysia.


Sama konsep dengan Kwsp hanya boleh dikeluarkan semasa bersara.



Berbeza dengan kwsp, tak semua automatik ada akaun PRS. PRS ini anda harus mohon sendiri. Mohon disyarikat beraftar dengan PPA.




Anda pernah dengar kes penjawat swasta bersara dengan beratus ribu duit KWSP tapi akhirnya kembali bekerja sebagai pengawal ?




Kerana duit Kwsp sudah habis dan tiada inisiatif nak BIAKKAN duit simpanan. PRS ini anda wajib mohon sebagai lubuk duit kecemasan. .




Caranya daftar dan bayar RM 1000 kemudian kerajaan akan menambah RM 1000 percuma !
Promosi ini hanya sehingga hujung tahun 2018. Berdoalah supaya insentif ini berterusan ye sampai tahun depan.




Duit RM 2000 ini jika dibiar selama 20 tahun mengikut illustration calculation akan menjadi RM 32 000 semasa bersara ! Bagaimana? Kami anggarkan keuntungan 15% setahun untuk pelaburan jangka panjang.

Sebarang pertanyaan boleh diusulkan kepada saya.


Hadira Rasul
Perunding Kewangan Dan Pelaburan
RHB Asset Management 
Melaka/KL/Johor/N9/Pahang




20 June 2018

My Bucket List 2020

Hello sisters

Imagine if you gonna die tomorrow. What will you do ?

Will you start complaining ?

I am a 25 years old, a super stubborn girl. Here's my bucket list. My 25 wishlists. Benda nampak mudah tapi tak pernah dibuat.


1. Earn another RM 11 for my last time Nuffnang cashout. It sounds easy tapi hakikatnya for past 5 years tak sempat buat.

2. Invite crush to my wedding

3. Design baju minimalist sendiri using earthy tone, like plain cotton shirt, ironless blouse, comfort wear like kurung kedah and so on.

4. Give first duit raya to all nenek/makcik pak cik dalam kesusahan

5. Have a booking website for my parents homestay. And yes including interactive interface and having our own domain.

6. Check in luxurious hotel in my hometown. Sound funny but I like the idea so much

7. Buy a suitable car, coated with rose gold sticker or any metallic color also acceptable kot.

8. I settle pasal pending prize (done)

9. A photoshoot session for my own veil line

10. Record my own makeup tutorial using gud foundation not kilo one.

11. Makan besar for all my besties yang ada during my ups and down. I belanja

12. Give mum and dad pocket money (more than now)

13. Having my own budget bridal for those tak mampu nak grand wedding.

14. Involve with something like charity tapi tak nak fully spoon feed. Contoh akademi bakat for those yang tak mampu tapi berminat nak berjaya. no la not the bakat. More to practical la. Activity so that mereka mampu make money for their unlucky family.

15. Attend my indian friends wedding at perlis and bonding girls' wedding

16. Get a 'cikgu' title

17.R and D my own facial soap. Guna bunga / plant eksotik hahaha. Pure extract ah.With minimal chemical usage off coz

18. Send my anak buah to chinese school/ english edu

19. Buy myself an english book (done)

20. Visit an island and take a good photo

21. Backpack vacation with bestie before marriage

22. Install a huge wardrobe.

23. Buat neighbour friendly punya pagar keliling homestay. Ambil balik hak yang tertindas.

24. Kurus

25. Wanna round KL alone with cash (done)

14 May 2018

Malaysia Baru


My expectations for this new Malaysia


Sistem sekolah campuran bersyarat
1. Diwujudkan sekolah campuran. Wajib sekolah campuran. Bahasa Tamil dan Bahasa cina sebagai bahasa option. As a malay I wish I know mandarin. I am willing to pay for the class.



Pelajar tidak lagi jadi bahan eksperimen 
2. Silibus Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sepenuhnya untuk peringkat kolej dan keatas. Akan dengar ayat sumbang wahai dira macam mana nak memartabatkan bahasa melayu ?

Di sini I nak cakap kita dua kemahuan tapi nak laksanakan tu prinsip agak bertentangan.

Malaysian nak Bahasa Melayu dimartabatkan tapi dalam masa yang sama dahagakan anak cucu yang english-educated I mean can speak english fluently, effortlessly. Pernah dengar kes anak melayu masuk universiti otak boleh tahan tapi struggle walau nak dapatkan Muet Band 2. Ye betul memang ada.



Dua pilihan itu ;-

Pertama,
sama ada memperkasakan atau ubah sistem pendidikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Lebih dana untuk program Bahasa Inggeris. Put more efforts untuk guru-guru bahasa inggeris. Bahan pengajaran yang padu dan punya sasaran. You know what I mean? Berstruktur. Yang penting lebihkan aspek oral aka communication. Tak habis-habis on paper. Perasan tak ramai anak muda masa sekolah heabt menulis tapi bercakap masih tidak fasih. Hanya fasih apabila masuk ke universiti yang mewajibkan bahasa inggeris sebagai bahasa perantaraan mahupun bahasa rasmi.

Kedua,
we start from the bottom. Rombak. U got any idea why malay singaporean they can speak english very well ? Because they speak it everyday. They are surrounded by english speaker almost everyday. Jadi kita jadikan Bahasa Inggeris sebahagian daripada kehidupan persekolahan. But how ? Dengan selitkan sebahagian subjek dalam Bahasa Inggeris. Habis soal itu.


Pengangkutan Awam vs Daya Tarikan 
3. Negeri selain KL mesra transport awam. Untuk negeri kecil seperti melaka tak relevan untuk mempunyai rangkaian pengangkutan keretapi mahupun lrt. Sebab apa ? Alasannya negeri kecil.Pusat bandar setempat dan bertumpu. Terlampau padat sehingga tak mampu bina kemudahan baru.  Tapi suathu hari dengan jutaan kereta masuk semasa cuti sekolah barulah pemerintahan melaka sedar yang kita memang tersangatlah perlu mempunyai rangkaian lrt bersistematik. Sebab apa ? Sebab penduduk Melaka mulai fedup untuk keluar rumah masa sabtu ahad.


Pembangunan sama rata dalam negeri
4. Bangunkan kawasan perkampungan yang berpotensi sebagai pekan untuk menggalakan lebih peluang perkerjaan. Kurangkan jurang bandar dan luar bandar.

Paling senang melaka. Selagi I tak masuk matrikulasi I tak pernah tahu wujudnya pekan masjid tanah. Serius. I never been there. Sebab tiada urusan. Macam itu juga merlimau. Tiada politeknik merlimau memang sampai tua lah tak pernah jejak ke merlimau. Tempat pendidikan itu nadi pembangunan sesuatu bandar / pekan membangun. Bangunkan sesuatu tempat itu dengan mewujudkan tempat pendidikan. Kemudian terminal pengangkutan. Semasa di Matrikulasi, pelajar menyerang Family Store umpama pergi IOI city. Kenapa ? Kerna itu satu-satunya pusat membeli belah yang ada.





If you have pusat pendidikan, teruskan dengan sistem pengakutan mesra pengguna dari segi bajet kemudian bangunkan pekan menjadi kawasan mesra pelajar.

Kedai fundamental : Kedai percetakan dan komputer, Kedai tekomunikasi, kedai pakaian, kedai cenderahati, KEDAI RUNCIT, kedai barang basah, KEDAI MAKAN.

Pernah tanya kenapa KL ni tempat favourite pelajar ? Kerana belajar disitu walau kos tinggi masih ada ruang atau lubang tikus untuk berjimat. Selepas tamat pengajian also you can stay there and kerja. Kalau perasan, di mana ada tempat pengajian, disitu ada shopping centre dan syarikat-syarikat berpotensi disekitarnya.

Jadi memang sayanglah kalau kawasan sekitar tempat pengajian yang besar ni tak dibangunkan. Pelajar juga bagi cantik cash flow dalam negeri. Bila bandar-bandar utama dalam negeri dah berkembang jadi boleh jadi pusat transit untuk sistem pengangkutan

Sebelum ni kalau kita cakap buatlah stesesn LRT di pekan dot...dot...dot. Nanti ada mulut bawang cakap, lah buat apa buat sana. Kawasan tak penting nanti tak siapa pun guna. Tiada siapa mahu pergi sana. Soalnya bukan takde siapa nak pergi sana. Tapi soal nak pergi sana naik apa ?

Jadi pembangunan bandar kecil ni sangatlah penting. Kalau tak tahu nak mula dari mana, mana ada tempat pengajian yang atas 2k pelajarnya, silalah hunt that place. Memang berpotensi dimajukan. Bila satu-satu bandar kecil dah mulai berkembang jadi tak mustahil kan nak sambungkan rangkaian sistem pengangkutan.

Wow I can't imagine to have LRT from Melaka to merlimau or Jasin ke. Sounds tak masuk akal kan ? Nevermind. This is just my pure expectations. Assume that Im just 9 years old girl. Tapi believe me. Jangan tunggu kawasan berkembang atau ada daya tarikan baru buat sistem pengangkutan. Tapi majukan sistem pengangkutan barulah perkembangan dan daya tarikan akan menyusul kemudian. Ini main tarik tali tunggu siapa mula

Sampai bila


Sekian hari ini,

Xoxo,
dira




23 January 2018

My Business Inspirations

Business idol, mentor and ispiration tu benda yang berbeza.

Inspiration tak semestinya orang tu berbisnes pun.  Boleh jadi dia orang biasa tapi mampu triggered seribu kesedaran. More to inspiration la.

My business inspiration ada 2 orang.

Dua orang yang tak pernah guna cara kotor nak naik dan tak tergamak pun nak guna cara tak berkat.

First i my mom
My beloved mom. Walau banyak tentangan tapi semangat memang padu. Tak pernah meminjam untuk mulakan perniagaan. Mak advised me not to make so much noise tentang usaha kita, biar kejayaan ambil alih tugas tu. people only start believing if you has succeeded in your field.


Second, my eldest brother.
 Tiada pengalaman berniaga. Tapi nasihat padu. Pentingnya berkat. Pentingnya halal haram.




Thirdly my diamonds
Endless supports from my diamond friends. Thank you so much for that. Memang almost semua kawan tak berniaga tapi their efforts to make this friendship lasts. Itu I salute sangat tolak cara baik.





Topik lain
--------------

Aku tak faham kenapa melayu kalau jenis makan komisyen ke freelance ke MLM ke memang suka show off kereta & gambar duit. I cannot brain. Kalau abang aku ni dia tak gemar. Dia selalu suruh aku jangan takbur dan rendah diri selalu.

So i actually started a comission based job. Kadang approach relatives or friends kan.  Kita cakap pasal produk mostly will bluetick me. Padahal dia yang tanya dulu. Lulz. If you don't want just say it. Adui. Kadang kau memang nak lepak sungguh pun orang ingat kita nak jual produk. Lulz

When we talk about recruiting people kan, orang pandang rendah kerjaya kau sebenarnya selagi kau tak tunjuk hasil. Jadi aku mulai faham kenapa orang try hard nak tunjuk kekayaan. Nak tunjuk their efforts all paid off actually. Macam kepuasan diri. Lastly nak convince orang to be like him/her.

Walau aku tak prefer cara ni, tapi aku dah mula hadam why they did that. Ada sebab. Disebalik berpuluh permata akan terselit sampah yang underestimate kerjaya/lifestyle kita. So that kind of post sebenarnya pulangkan paku buah keras dekat orang yang underestimate your capability tu.

Tapi yang permata-permata ni assume that u're trying to show off about your lifestyle. Kesian. Tuju dekat haters tapi lovers yang perasan. Hmm tak tunjuk orang cakap miskin kerja ni tak janjikan apa-apa. Bila tunjuk nanti kata ghairah dengan harta sementara. Haih

So I faham kenapa.

Sebab aku pernah alami. Orang tak nampak usaha. Orang nak nampak hasilnya. When we talk about our product semua lari-lari. Hahaha padahal dia yang tanya dulu tu. Bukan kita mula. Kata nak kita berjaya. Now kita berjaya lah ni dapat kerja. Takkan tak suka ? Irony

Bukan sekali. Tapi berkali-kali. Rejection is somehow normal. Hilang kawan tu sometimes I cannot accept. Well thats okay. Know your limit. When it come to friends, santai je. Nothing more than simple conversation.

Once they be in this industry only they will know. Networking is everything. If you friends wanna be in that circle of networking itu lebih bermakna. Bukan semua kawan harus beli. Not necessarily. Just response politely. Paham je. Kami bukan bodoh sangat.

 Well at least jangan putus kawan lah.

Me also. I cannot afford to buy stuff offered by my friends but I try my best to promote and support at least. Well at least response like sorry dear i dah ada. Malu cakap takde duit haha. Jobless kan at the beginning. Tapi I promise ada rezeki I will get 1 for me. 

Haha. My mentor dalam sosial life ni senang je GAM Hafiz. Same name as my brother. Haha. He said that success is the best revenge.  I'll take that quote forever with me. If you can't tackle your friend, find her friends. Do same thing to her friends. Nothing to lose I tell you.

Xoxo,
HR






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...