Pages

31 July 2012

Resipi Biskut Kelapa Tradisional & Moden

         
   Biskut kelapa,antara biskut wajib dibuat setiap tahun .Cara nak buat pun mudah.Nama pun biskut raya mudah.Resipi ni diambil dari buku resipi lama, lagi saya kecik lagi :) Sebab semua pun tak pakai sukatan kan.



          Semua main  pakai cawan. Jadi awas ! Setiap cawan kita dirumah masing-masing tak sama sukatan.Cawan tu jangan besar sangat,jangan kecil sangat.Sedang-sedang je dah memadai .Tapi kan ,kalau rasa tak yakin nak buat kuih tradisional ,boleh juga buat biskut kelapa yang moden punya.Yang ni ada sukatan dan kompomm jadi . Boleh scroll bawah ye.



Biskut Kelapa Tradisional

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung sagu/ubi kayu (Untuk bagi biskut rangup sangat)
1 setengah gelas gula halus
3 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla (Kalau dah pakai kelapa basah yang digoreng sendiri, tak payah esen ni pun takpe.)
Marjerin/mentega ikut basah (orang dulu main agak2 je)
Kelapa kering 50 gm /setengah paket kecil

 Dulu pakai kelapa basah kemudian goreng sendiri. Bau kuih tersangatlah wangi. Sekarang mana nak dapat lagi.




Cara membuatnya
1.Pukul mentega dan gula sampai kembang. Kalau nak guna sikit, guna mentega.Kalau nak guna banyak, guna marjerin. Jimat sikit. Mengenai kebasahan, bila biskut disalut kelapa kering nanti ,biskut akan kering(saya selalu tersedak . haha.).Jadi boleh lebihkan mentega/marjerin kalau nak biskut tak kering.Kadang2 doh boleh jadi kering kalau kelapa terlebih nanti.Pandai2 lah adjust ikut selera:)


2.Masukkan kuning telur satu persatu,esen vanilla ,pukul lagi.


3.Dalam masa yang sama ,ayak tepung gandum dan baking powder bersama.Masukkan dalam mangkuk adunan tadi .Masukkan tepung sagu  dan kelapa kering. Ulikan doh sehingga sebati.


4. Kemudian boleh canai doh  dan guna acuan pelbagai bentuk. Golekkan/salutkan dengan kelapa kering sebagai hiasan.


5.Boleh bakar dalam oven, suhu dalam 140 celcius. Kalau suhu rendah boleh naikkan.Ikut oven jugak sebenarnya.Ada yang cepat panas,ada yang tak .Bukan apa, takut kelapa kering yang kita salut tadi hangus je. Bila biskut kelapa dah keperang-perangan, tandanya dah masak. Selamat mencuba  !
Mampu tak ? Hee.Kalau tak boleh tengok bawah punye resepi.






Biskut Kelapa Moden


530 gm tepung gandum

350 gm mentega
170 gm gula kastor
sepaket kecil kelapa parut kering.(dalam 80-100 gm)
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya
1.Pukul mentega,gula dan esen hingga kembang.

2.Masuk telur dan kacau perlahan.

3.Masukkan tepung dan kelapa. Kacau rata.

4. Canaikan doh dan tekap guna acuan yang anda suka. Kalau nak bulat2 kan lepas itu leperkan dengan garfu pun boleh juga

5. Bakar pada suhu 150 celcius selama 15-20 minit/keperang-perangan.

Ok uolss, selamat hari raya !





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...