Pages

31 July 2012

Resipi Biskut Kelapa Tradisional & Moden

         
   Biskut kelapa,antara biskut wajib dibuat setiap tahun .Cara nak buat pun mudah.Nama pun biskut raya mudah.Resipi ni diambil dari buku resipi lama, lagi saya kecik lagi :) Sebab semua pun tak pakai sukatan kan.



          Semua main  pakai cawan. Jadi awas ! Setiap cawan kita dirumah masing-masing tak sama sukatan.Cawan tu jangan besar sangat,jangan kecil sangat.Sedang-sedang je dah memadai .Tapi kan ,kalau rasa tak yakin nak buat kuih tradisional ,boleh juga buat biskut kelapa yang moden punya.Yang ni ada sukatan dan kompomm jadi . Boleh scroll bawah ye.



Biskut Kelapa Tradisional

1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung sagu/ubi kayu (Untuk bagi biskut rangup sangat)
1 setengah gelas gula halus
3 biji kuning telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla (Kalau dah pakai kelapa basah yang digoreng sendiri, tak payah esen ni pun takpe.)
Marjerin/mentega ikut basah (orang dulu main agak2 je)
Kelapa kering 50 gm /setengah paket kecil

 Dulu pakai kelapa basah kemudian goreng sendiri. Bau kuih tersangatlah wangi. Sekarang mana nak dapat lagi.




Cara membuatnya
1.Pukul mentega dan gula sampai kembang. Kalau nak guna sikit, guna mentega.Kalau nak guna banyak, guna marjerin. Jimat sikit. Mengenai kebasahan, bila biskut disalut kelapa kering nanti ,biskut akan kering(saya selalu tersedak . haha.).Jadi boleh lebihkan mentega/marjerin kalau nak biskut tak kering.Kadang2 doh boleh jadi kering kalau kelapa terlebih nanti.Pandai2 lah adjust ikut selera:)


2.Masukkan kuning telur satu persatu,esen vanilla ,pukul lagi.


3.Dalam masa yang sama ,ayak tepung gandum dan baking powder bersama.Masukkan dalam mangkuk adunan tadi .Masukkan tepung sagu  dan kelapa kering. Ulikan doh sehingga sebati.


4. Kemudian boleh canai doh  dan guna acuan pelbagai bentuk. Golekkan/salutkan dengan kelapa kering sebagai hiasan.


5.Boleh bakar dalam oven, suhu dalam 140 celcius. Kalau suhu rendah boleh naikkan.Ikut oven jugak sebenarnya.Ada yang cepat panas,ada yang tak .Bukan apa, takut kelapa kering yang kita salut tadi hangus je. Bila biskut kelapa dah keperang-perangan, tandanya dah masak. Selamat mencuba  !
Mampu tak ? Hee.Kalau tak boleh tengok bawah punye resepi.






Biskut Kelapa Moden


530 gm tepung gandum

350 gm mentega
170 gm gula kastor
sepaket kecil kelapa parut kering.(dalam 80-100 gm)
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla


Cara-caranya
1.Pukul mentega,gula dan esen hingga kembang.

2.Masuk telur dan kacau perlahan.

3.Masukkan tepung dan kelapa. Kacau rata.

4. Canaikan doh dan tekap guna acuan yang anda suka. Kalau nak bulat2 kan lepas itu leperkan dengan garfu pun boleh juga

5. Bakar pada suhu 150 celcius selama 15-20 minit/keperang-perangan.

Ok uolss, selamat hari raya !





25 July 2012

Tutorial & Pengenalan Exabytes : Angel affiliate Program


Angel Affiliate Program




            Apa benda la kan Angel Affiliate Program ni?AAP sebenarnya salah satu program Exabytes dimana kita akan pilih iklan yang kita nak iklankan ,kemudian jika ada yang klik dan berminat dengan iklan tu dan urusan jual beli selesai,kita akan dapat paling minimum RM8.Bayaran ikut jenis iklan .


 Contohnya kalau kita promosikan Ebiz beginner plan, bayaran yang kita dapat RM 8.Kalau kita promosikan plan yang lebih mahal seperti Ebiz plus plan, kita akan dapat bayaran sebanyak RM 78. Dan bayaran termahal yang korang akan dapat untuk satu iklan ialah RM388.Siapa nak bagi kan ? Nak cashout kena ratus.fuhh gigil lutut dengar.Sabar~~ Dengar dulu. muahaha.


       Bila korang signup,korang akan dapat RM50 dalam akaun korang. Kiranya korang perlu dapatkan Rm350 je lagi. Cara paling mudah, boleh iklankan plan paling mahal. Kalau ada orang berminat, korang memang terus dapat cashout.Nampak macam banyak gila kan nak cashout. Tapi better kot daripada nak tunggu satu klik dengan bayaran bersen-sen.Sampai bila nak cashout Rm 100?.Unless korang punya trafik tinggi la kan. 



APP ni eloklah bagi mereka yang takde trafik tinggi dan rajin pergi forum.Korang promotekan lah iklannya. Sekali terjual dapat beratus. Dua tiga kali terjual dah boleh cashout. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.Dalam hidup kena.berusaha. Tak berusaha, rezeki tak datang bergolek.wakaka


         Jangan risau. Iklan ni tak kira berdasarkan klik.Klik seribu kali pun tak dapat earning.Well halal lagi cara ni daripada iklan yang dikira per klik.Maklumlah. Segelintir daripada korang kan 'jujur' orangnye masa mengiklan. Keutamaan produk ni ialah kita jualkan. Bukan berdasar klik. 


Contoh : Nak web hosting plan? segala plan dan domain ditanggung penuh, hanya RM39 Setahun.Sila klik banner atas.



   Tengok kat atas ni, macam nilah iklannya.Saya pilih iklan ni nak letak kat header.Kalau korang klik pun,saya takkan dapat earning kecuali korang berminat dengan benda yang ditawarkan dan urusn jual beli selesai.ecehok what .daripada blog kosong tanpa iklan dan tunggu cashout nuffnang macam buah tak jatuh-jatuh.Korang boleh jugak promosikan link ,banner dan banyak lagi jenis iklan.Macam-macam ado oi.


Tutorial
 Nak daftar klik sini . Kem.Cara daftar pun senang la sebab takyah klik link activation.Haha.Dasar pemalas buka inbox.



Klik free sign up macam kat atas ni




Klik sign up today macam kat atas ni



Isikan form diatas. Dan create akaun anda.Ok selesai.Mudah kan?


Tu jelah alternatif lain selain nuff,churpchurp dengan says. Kegembiraan haruslah dikongsi bersama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...