Pages

14 June 2023

Teruskan berprasangka

 Kesian

Lain yang ku maksudkan

Lain pula penerimaan


Nasihat yang dipesongkan

Terang-terang tak berkaitan


Aku bersumpah dengan nama Allah

Tak akan ku jejakkan kaki ke teratak mereka

Selagi segala tak terleraikan

Selagi fitnah tak dijernihkan


Nothing left there

We know that


Perkataan yang meluncur tak boleh dihapuskan

Meski dipadam

Sekian


I put you first

 I put your family first

Than my family

All days and nights


Sampai tahap ku terendah

Terlemah

Ibuku mengalah

Mengalah bahagiannya

Diserah pada yang lebih memerlukan


Dia mengalah tanpa noktah,

Nak diikutkan rasa wajar

Sambut tangan keluarga dahulu dari keluarga luar

Tapi aku abaikan aturan fitrah


Lepas semua terjadi sejujurnya75% dari dana berkurang

Namun 25% dariku masih aku teruskan


Walau ada yang mencuit

Aku butakan mata

Aku sekadar diam

Elak perbalahan


Masih lagi lanjutkan perjuangan

Yang aku mulakan 

Selagi hayat dikandung badan


Walau nakhoda berlayar tak pulang

Awak-awak serba kekurangan

Aku rawat lebam kalian dari tulangku patah riuk 


Walau diri kesusahan

Walau pendapatan tak lagi belasan

Cuma cukup makan


Niat baik yang disalah sangka

Niat baik yang disalah ertikan

Buat apa aku ambil tahu kalau bukan untuk ku bantu?

Apa ku dapat jika ku rapat ?

Tidak sesen pun pernah ku tagih dari kalian

Apa pernah aku meminjam ?

Apa pernah aku mintak balasan ?


Niat hati mahu menyumbang

Tapi dihambur dengan prasangka dan dendam

Tak mampu lagi nak pendam

Aku bukan Adam

Adam jua terkehel di pertengahan jalan


Inikan pula aku

Yang kalian gelar tahap bawahan

Picisan

Tak perlu selindung

Bibir zahir tak perlu gamit

Nak buktikan kesahihan batin


Luka yang dulu tergores, lagilah dalam

Luka hari kejadian tak kambuh tak sembuh

Lagi ditambah dengan cercaan 


DEKAT TAK SEMESTINYA RAPAT

RAPAT TAK SEMESTINYA DAPAT

WALAU DAPAT TAPI DIA TAK BERKEHENDAK

TAK KEMANA JUA 


Hanya karna kain hitam yang menyelubungi

Terus dianggap semuanya kelam, 

Tak berkelayakan dalam segala 


Jangan sangkakan keajaiban turun mutlak pada kalian

Si kerdil yang kononnya jahil

Hanya kerana banyak ketawa

Konon leka menghirup dunia 

Tak bermakna sambil lewa soal pelayaran.


Nasi jelantah dah awaknya.

Nak ubah bagaimana

Tetap hina rasanya.

30 January 2023

Berakhirlah semua

 Maka

Berakhirlah semua

Terpadamlah semua

Bertebaran ayat dilangit

Mulai kelam


Benda yang paling aku takutkan.

Benda si dajjal nantikan

Terjadi jua


Pada saat yang tak ku jangka

Pada saat mereka tak duga


Apalah makna semuanya lagi

Apa maknanya segala usaha

Mau ku panjatkan pada siapa

Mahu ku tuju siapa lagi.


Sudah tak bermakna ini semua.


Pintu paling cantik

Paling rapuh & menua dengan usia

Kini lenyap sudah


Terima kasih tak terhingga

Terima kasih atas segalanya

08 August 2022

Datang kosong, balik berisi

Macam manalah kita boleh terfikir taknak membekal. 
Kita kalau datang kosong, balik tak pernah tak berisi. 
Mesti berisi. Kenyang nurani.

 Mana sanggup nak tinggalkan kosong kan.

Semoga dipermudahkan urusanku supaya dapat terus memberi dan berbakti 🤲
 Panjangkanlah umur kami semua ya Robbi

31 July 2022

Mereka

Sejak balik dari sana tak satu pun minggu aku tak terpikirkan disana

Apa cukupkah semua
Macam mana nak teruskan hidup disana. 
Yang peneman apa memang tak penah terluka hatinya. 
Yang penjaga apa baik saja tinggalkan cita-citanya.

Melayan tanpa henti
Menjamu  malam dan pagi.
Seksa mata melihat. 
Seksa lagi hati memikirkan kita mampu bantu 
Setakat itu aja.
 Sedihlah. 
Kalaulah kita superduper kaya 🥺

Kalau dicabut komitmen. 
Dilapangkan dada. 
Ibu bapa diberi kesihatan & berpendapatan wajar. Nak aja duduk kat rural area. Sungguhlah. Ingatkan kl dah seronok gila. Ada lagi seronok rupanya. Bukan jenis seronok serba lengkap

 Tapi jenis seronok yang apa adanya
 Tak tahu nak gambar bagaimana.

Is there anybody wanted to sell their land. Tepi jalanlah hahah i wanna buy. Inshaa Allah 😌 Berangan kan percuma.

Asyik terpikir. Macam mana aku nak buat untuk improve hidup mereka. Sedangkan hidup aku pun carca marba. Serius sedih lihat hidup mereka. Serba tiada tapi batin serba kaya. 
Lagi sedih lihat hidup ku. Zahir & batin serba tiada. 
Terpaling tak guna 😌

Inshaa Allah moga Allah permudah segala 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...