Pages

26 May 2012

Pengalaman dan Soalan Temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)


Pengalaman interview yang UTHM Johor. Berikut soalan-soalan semasa temuduga Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Aku mohon Degree Pendidikan Universiti Malaya. Tapi open market. Sebab lecturer matrik suggest amik course ni, Aku masuk dewan interview. Ada 3 orang panel kalau tak silap.
Panel : "Tolong kenalkan diri awak. Tapi saya nak awak pergi ke hujung dewan dan kenalkan diri" 
Aku pun berjalan ke tengah dewan yang besar tu.
Aku :   "Dekat sini "? 

Panel : "Belakang lagi". 

Aku :  "Assalamualaikum, Nama saya ...

Panel : "Tak dengar" 
Aku naikkan tone suara aku.

Aku :  "Nama saya..

Panel : "Kuat sikit.Tak dengar" 
Last-last aku pilih jerit.

Aku : "Nama saya

Panel : "Sedap nama awak. Awak kacukan ke? orang Bugis ?
Mungkin sebab tengok nama ayah kot.

Aku :  "Oh taklah, saya ni melayu tulen." 

Panel :"Keturunan melayu betul ke?"  

Aku : "Ada sikit Cina  " 

Panel : "Why do you want to be a teacher. Give your reasons why"  
Tiba-tiba terjah soalan BI. The key is. Jawab dalam bahasa yang panel tanya

Aku : "It is my ambition since i was in primary school. And people around me including my mum and dad ,they really support me...

Soalan kenapa aku nak course ni
SPoint aku, aku ni membesar dalam kalangan warga pendidik .Memang minat mengajar..Bila buat sesuatu dengan minat, tak rasa penat ata  bosan memandangkan aku mudah bosan dengan sesuatu .Aku seronok mengajar dan tak rasa mengajar itu sebagai suatu pekerjaan yang membebankan. Konon.

Panel : "Do you know Hang Tuah? What do you know about him? "Do you agree with some of Malaysian saying that Hang Tuah never exist in our history? Tell us why?"

Soalan isu semasa. 
Aku cakap tak setuju. Sebab dah banyak penulisan, yang telah merekodkan mengenai kewujudan beliau .Kisah beliau bukannya disampaikan olok-olok melalui lisan sahaja  melalui penceritaan penglipurlara seperti kisah dongeng yang lain. Kita ada sumber luar yang menyokong kewujudan Hang Tuah.

Panel : "Awak tahu tahu apa open market?" 
Aku : "Tahu.Kena cari kerja sendiri dan tak terikat dengan kementerian.
Panel : "Awak yakin boleh? Sanggup tak cari kerja sendiri? Ok? " 
Aku : "Ya saya yakin'' 
Aku bantai yakin aje. Padahal dalam hati. Haha
Panel : "Awak boleh menyanyi?"(sambil tengok sijil koir)
Aku  "Huh? saya budak koir" 
Panel : "Okay nyanyi satu lagu. Tak kisah lagu mawi ke, siapa ke." 
Aku pun layan je panel lelaki ni. Hahaha
Aku :  "It all begin at a show one weekend. I was a friend of your cousin . (bantai lagu random awesome) " 
Panel : "Dalam sijil nampaknya awak pernah belajar taekwondo. Tunjukkan boleh? (dia senyum lebar"
 Aku : "Err. Saya pakai kain ni.  Taekwondo banyak main kaki. 
 Panel : "Awak tunjukkan bunga sikit je. Boleh?"   
Aku pun tunjuk gaya sparing guna tangan,Then angkat kaki rendah.

 Panel : "Apa lagi kelebihan awak?"
 Aku : " Debat? "
Panel : "Cuba berdiri sekejap dan berdebat"

 "Pemansuhan PTPTN akan menjejaskan banyak pihak terutama keluarga berpendapatan rendah, pihak universiti swasta, dana pembelajaran. Sukar untuk sistem sedia ada. Haa aku pun tak ingat.


Panel : "Awak boleh mengaji? Mengaji satu surah.Tak kisah apa-apa surah" (Sambil penemuduga tengok sijil tilawah) 
Aku : (Baca satu surah pendek)
Panel : "Saya tengok muka... .muka awak ni ... macam patung la. Kihkih"
Sempat melawak. Nak psiko ke apa ni. Duk aku berpikir dorang terus tanya lagi. Macam peluru wa cakap lu. Soalan menteri pulak. Kali ni sejujurnya banyak sangat aku tersasul dengan gelaran. Sebab biasa gelaran kita akan ambil mudah kan ?

Panel : "Siapa Ketua Menteri Johor?" 

Panel : "Siapa Sultan Johor?
Panel : "Siapa Ketua Menteri Kelantan"
Panel : "Siapa Menteri Pelajaran?
Panel : "Siapa nama Yang di-Pertuan Agong?
Panel : "Siapa Yang dipertua Negeri Melaka?
Panel : "Siapa Ketua Menteri Melaka" 
Panel rancak tengok sijil aku. Rancak betul. Letak dalam fail plastik je pun. Bertingkat. Pastu tengok application aku.

Aku mohon UM & UPM rasanya. UM sebab aku memang nak cikgu open market. Situ je ada. Upm pulak sebab abang suggest.

Research University
Pilihan pertama : Ijazah pendidikan  sains -open market (UM)
Piliahn kedua : Ijazah Biology (UPM)
Pilihan ketiga : Ijazah Microbiology (UPM)

Ada 9 lagi pilihan tak ingat.

Panel : "Awak mohon doktor kan. Ini ada ni?" 

Aku : "Erk? Saya tak pernah mohon mana -mana nak jadi doktor. Tak pernah terpikir pun nak jadi doktor." 
Mungkin sebab aku pilih guru pilihan pertama je. Yang bawah semua bachelor Biology, Bachelor microbiology.

Panel : "Bukan awak nak jadi Saintis ke? Bio A ni. Second choice awak minta saintis kan?
Aku : "Saya memang nak jadi cikgu dari dulu.Tak berminat pun dengan bidang kritikal ." 
Panel : "Awak rasa awak mampu kekalkan keputusan semester satu awak ni? Keputusan akan datang ni jadi lagi teruk ke lebih baik ?? 
Aku : "Saya tak berani nak cakap sebab mungkin akan jatuh .Semester dua tak senang maca, semester satu." 
Panel : "Awak yakin ni awak nak jadi guru? Sebab awak letak pilihan pertama ni. Kalau kami bagi markah tinggi kemudian awak tolak tawaran. Awak bertukar pilihan ke bidang lain macam mana?" 
Panel : "Saya memang yakin itu yang saya nak dari dulu lagi. InsyaAllah saya tak mungkin bertukar fikiran kot " 


"Kos pilihan awak kat UM ni ada lebih 10 000 permohonan. Awak yakin ke awak dapat jadi guru? 

Soalan psikologi. Psiko ye. Jadi jawab dengan tenang. Jangan goyah keyakinan tu. Haha. Aku konpius. Nak cakap yakin kang cakap gebang. Kalau cakap tak dapat rasanya tawaran kang dicakap kurang keyakinan. So aku jawab acah humble. Hahaha.

"Mungkin pendapat orang lain berbeza. Mungkin ya mungkin tak. Tapi bagi diri saya,saya kena yakin dengan diri sendiri. Kalau ada rezeki ada lah. Kalau takde takpelah. Ada tempat lain untuk saya Inshaa Allah.
Panel : "Ada apa-apa soalan? Bukan kami yang menentukan awak masuk ke universiti ini. Kami cuma memberi markah je. " 
Panel pasif : "Ada apa-apa pesanan ke wasiat ke?" 

"Takde rasanya. Saya cuma harap saya dapat menyambung pelajaran ke universiti yang saya mohon tu lah (buat muka kesian) 

Panel : "Bukan kami yang tentukan. Bergantung juga pada awak(Senyum)"



Aku angguk dan ucap terima kasih. Masa balik terdengar panel berbisik."Semua budak ni tahu". Bersyukur la juga dapat panel lelaki. Perempuan kan hmmmm. Pengalaman yang 'hebat kot' di meja pendaftaran sebelum masuk ditemuduga. Perempuan  perempuan  perempuan. Emosi separuh mati. Kalah penemuduga. Hahaha.


Update : Aku tak dapat pun masuk UM sebab pointer second sem matrik jatuh teruk. Betul la orang tu cakap. If markah temuduga tinggi pun keputusan exam tak cun. Tak guna juga. Oh btw. Panel tu semua panel UPM. Ceh patut beriya suh jadi saintis upm. And yes. I dah graduated kos microbiology dari upm. So goodluck semua :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...