Pages

09 September 2013

Cashout 8share yang pertama

Walaupun blogging 4 tahun dan entry masih ada tak sampai 100, aku masih kerap menulis. Menulis draft. Menulis draft memanjang. Publishnya tidak. Ini pun sepatutnya jadi draft dek kerana malas nauzubillah. Tapi nasib baik 8share baik. Dengan sepantas cahaya guwa publish.


Sejak mengalami krisis kewangan pada raya lepas , diri ini telah mengambil inisiatif untuk terlibat dengan lebih serius dalam aktiviti pengiklanan blog. Sebelum ini hangat-hangat tahi ayam. Blogging since 2009 tapi raya 8.8.2013 baru pasang iklan 8share. Bijak sangat kau adminn -.-


Pasang iklan 8.8.2013 tapi tak semalam 8.9.2013 tengok bank dah ada RM 50 tapi Rm 1 untuk caj urusan. Jadi nak diikutkan memang genap sebulan dapat Rm 50 hanya dengan blogging. Ini cepat dikira cepat la juga. Sebab ada agen pengiklanan yang ambil masa lama kot nak cashout. Jadi pilihlah hari Isnin minggu pertama dengan ketiga. Kalau tahu macam ni punya senang, dah lama dah pasang iklan.




Ohya. Lepas dah dapat Rm 49 ni terus lupa diri nak pasang iklan lagi. Mungkin lepas ni ? Terima kasih 8share! Hidop 8share ! Amboi kemain.

24 January 2013

Koleksi ayat cinta sedih

 [Original] Yang dah copy paste tu mohon credit ye.


Takde life
Makan, tidur, lagu.

Kalau sayang , tolong simpan saya dalam lubuk hati yang paling dalam. Kalau dah tak sayang , tolong berikan pada insan yang lebih memerlukan,


It's raining outside , i'm crying inside.when you laughing , im smiling . But when you laughing with her, guess what , i'm dying a lil bit inside :)



Kadang-kadang kita lepaskan dia pergi bukan sebab kita dah tak sayang. Tapi sebab kita terlalu sayangkan dia, kita biarkan dia bahagia dengan orang yang dia sayang.



Perempuan bukan macam tisu. Bila dah guna orang buang . Bila tak guna , dibiar melayang .



Lelaki ini manis mulut penuh rayuan.Perempuan pula mudah cair dengan pujukan. 



Lelaki egonya tinggi, perempuan rajuknya tak bertepi. 



Berhenti menangis untuk hati yang tak sudi . Tapi bangkitlah untuk hati yang sedang menanti

Benar jodoh ada di mana-mana. Kumbang bukan seekor, Bunga pula setaman . Tapi cinta pertama tak sama dengan cinta kedua ,ketiga dan seterusnya.



Saya mungkin tak sempurna seperti perempuan yang awak pernah cintai. Tapi tak salah mencuba untuk mencintai ? Sekurangnya menghargai :(



Kita selalu minta kebebasan dalam perhubungan . Sampai kita tak sedar kebebasan yang kita minta itu sebenarnya adalah perpisahan. 



Perempuan yang hebat tidak akan menangis untuk lelaki . Tapi perempuan yang baik akan menangisi sesuatu perpisahan. 



Saya gembira bila tengok orang yang saya sayang berdamping dengan orang lain. Saya memang tumpang gembira jika awak bahagia dengan dia , tapi akan lebih gembira jika orang itu ialah saya :(


Awak mengharapkan kesempurnaan saya sampai awak lupa bagaimana ketidaksempurnaan saya buat awak jatuh cinta. Cela itu sempurna bagi saya. Mungkin bukan di mata mereka. Tapi cukuplah di mata kita. Kerana ini kisah kita. Bukan kisah mereka.




Terima kasih kerana membaca.
Kalau nak copy tu mohon kredit ya :)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...