Pages

27 April 2017

Syukur

So basically.

I guess no need long muqadimah kot.

Aku bekerja 6 hari seminggu. Kawan aku bekerja 6 hari seminggu. Dia dibayar RM 4000. Aku dibayar RM 900. Belum tolak duit PTPTN RM 178.00 lagi.



Bukan soal cemburu. Demi Allah tak. Happy ada lah. Sebab tahu setiap orang struggling dengan masalah masing-masing. Tapi bila fikir diri sendiri ni. Sedih sedih.


Tapi kan..


Sesedih sedih aku. Sedih lagi kawan aku lagi satu  nun kat selatan tu.


Bila mengenangkan dia bekerja sama penat macam kami. Dibayar tak sampai RM 700. Lagilah rasa hiba hati. Padahal ada degree tu.


Lagi sedih bila setiap kali aku chat dia belum dapat kerja. But then bila dia dapat kerja walau gaji tak seberapa aku dah happy gila macam dia dapat keje government. Haha


Bagi aku. Tak layak kalau orang sebaik dia. Paling membantu kawan-kawan kot masa degree. Tapi end up macam. No I understand ini soal rezeki. No sikit pun tak pertikaikan takdir tuhan.  Tapi kesian. Ala sedihnya kenang kawan kita yang tolong kita, hidup susah macam tu. Ala sedihnya. Sesedih sedih aku. Sedih lagi fikir dia.


Aku doakan karier dia berkembang. Tak patut orang baik hati macam tu. You deserved better. Sobs


Tapi takpe. Things happened ada sebab. Yang penting apa ?


Syukur.


Bukan soal mewah. Soal mencukupi. Bukan soal lengkap serba- serbi, soal keberkatan hakiki.


Aku tak mewah tapi sentiasa mencukupi. Aku selalu takde duit tapi orang sekeliling ada duit extra untuk aku. Walau rezeki aku tak datang dalam bentuk kepingan duit, tapi rezeki datang bergolek dalam bentuk kawan-kawan yang baik hati , orang sekeliling yang tak lokek kongsi rezeki.


Paling best. Stranger yang selalu bagi macam-macam. Padahal jumpa first time  & last time. Pelik kan ? Bukan pelik. Tapi keajaiban la kot. What we called as 'rezeki'. Anyway kejar keberkatan mak ayah , barulah kebahagian dunia akhirat menyusul.


Aku doakan kawan aku yang berkorban duduk dengan mak ayah tu dari gaji RM 700 dapat gaji RM 7000. Aminnn. Hihi. Ambitious kan. Eh tapi rezeki tuhan nak bagi. Mana boleh manusia sangsi. Hiks



Nak ikutkan takda langsung gambar aku bekerja. Sebab phone rosak since I started working there . I cant even afford to buy a new one. So i borrowed my friend's phone. Iphone 7 memang haramjadah tak reti nak fake muka orang kan. Semua jendul jerawat keluar kenn.


This coming 6th May ni genaplah 3 bulan aku bekerja started from the bottom. Bukan masuk direct executive.  Since jawatan executive semua full. Aku non executive. Mula dari bawah. But good news is. Baru dua bulan kerja dah di promote as new worker with Excellent Perfomance.  Manager dah applykan kenaikan gaji. Dia cakap jarang dia bagi orang masuk dua bulan naik gaji. Dan sebanyak ini ? Jarang sekali.. Lulz. Baru 2 bulan gaji naik. Mungkin ini lah rezeki :)


Bukan riak. Just self reminder supaya diri rasa lebih bersyukur lagi.


So lesson kat sini. Belajar happy untuk rezeki orng. Belajar happy untuk rezeki sendiri. Yang penting bersyukur. Syokor alahamdolelah.


Gituh


xoxo,
Dira



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...