Pages

04 February 2017

Jangan Jadi Pemimpin Keji

So my mum always pesan

" Kalau tak mampu membawa kebaikan, jangan sesekali bawa keburukan"

Macam dekat sekolah,I saw banyak lagi orang talented tapi tak dapat naik atau dapat jawatan sewajarnya. Sebab cikgu yang pilih. Tapi syukurlah orang yang bukan calon pilihan tu walau naik atas, walau dia tak bawak kebaikan but at the same time dia tak bawa pun keburukan. I bet haa takde rezeki la kot orang talented tu. 

Dan aku perhatikan yang pelajar lebih gemar kalau mereka yang pilih ketua kelas atau ketua persatuan berbanding guru. Tapi tak semua guru macam tu dulu. Tapi kalau ketua persatuan tak layak ke apa. Apalah sangat impak. Persatuan je pun. Aku ingat oh dekat sekolah je kot macam ni. Kat luar kalau aku dah besar mesti takde sistem macam ni.

Dan masa Uni. Kalau pemilihan calon pelajar universiti, kadang aku nak gelak tengok manifesto yang ada. Contoh. Contoh jela. Menambah cermin disetiap koridor & bangunan akademik. Maaf, bukan kurang ajar. Maybe meleis akan cakap :

Kau ni tahu kondem je. Biarlah daripada kau bertanding pun taknak.

Dear meleis, maaf tapi aku tak jelas la apa impak cermin pada pelajar yang dah cukup derita dengan ekonomi mencekik dunia ni. Kami-kami tak bertanding sebab sedar diri. Tak mampu bawa kebaikan dan taknak pun menyusahkan. Takmau overconfident layak memimpin pelajar lain dan bagi pada orang yang lebih layak. Menghentam bukan bermakna kita cukup bagus tapi menghentam kerana kita nampak apa yang salah dan ada ruang untuk diperbetulkan semula. Sama-sama bangkit dari kesilapan.

Dan tiada satu pun pemimpin yang sempurna. Semua manusia buat silap.TAPI kita boleh cari pemimpin yang telus dan paling kurang kesilapan. He knows how to rule.

 Dan bukan nak menghentam,if u could see yang almost half dari calon memang langsung takde tokoh pun jadi pemimpin. Sebab apa ? Sebab dari manifesto yang dorang cadang, memang tak masuk akal pun nak dilaksanakan. Dan kalau aku Bhep Uni pun  aku pun geli-geli nak realisasikan. So jarang ada manifesto yang bernas dan pada yang sama masuk akal. 

But then akan ada diamond among them tau. Yang betul-betul layak jadi pemimpin. Tapi sayang jarang nak jumpa. Sebab apa ? Banyak orang bijak pandai lagi rela duduk relax dekat rumah dari nak hadap sistem korup yang tak dapat apa. So gais dalam pemilihan. Kalau kau salah nilai, memang terlepas la permata macam ni. Tapi tu peringkat uni. Syukur takde politik extreme. Dan alhamdulillah pelajar tak buta. Dorang pilih calon yang betul and yes they found the diamond.

Berbalik pada situasi negara ini. Aku rasa rakyat tak sepenuhnya didedahkan. Sebab mata mereka mulai rabun. Ada kataraks agaknya. Dah tak kenal mana permata dan mana kaca. Siapalah aku ni nak bagi komen kan ? Btw my blog :) Suka hatilah. If pemerintah boleh buat sesuka hati, i pun bolehlah menulis pendapat peribadi sesuka hati. Oh. Bebalik ke kisah pemerintah.

But surely orang yang hebat memerintah ni dia tak tunjuk bangang. Dia banyak berdiam dan cakap benda yang bawa kebaikan. Tapi orang kita kalau tengok calon mampu berhujah dengan point sampah. S E M B A NG.

Ohh he can talk. Choose him

Pergh lantang. Aku undi dia

SOO HANDSOME. Ok vote ni.

Tak lekang inshaa Allah dari mulut dia. Alim. He's the one ni.


Gais please.

Tak semestinya orang lantang bercakap ini dia pemimpin hebat. Tak semesti orang kurang bercakap ini dia tak berbakat. Find a leader yang he only talk when necessary. Ada percakapan dan ada tindakan susulan. Tak mata duitan dan yang penting tahu urus kewangan. Seriously please.

Tapi satu yang kau mungkin perasan biasa calon-calon yang terdesak bertanding berebut jawatan atau nak jadi pemimpin pucuk atasan ni, kau sukar baca diri dia dari awal. Sebab dia hanya tunjuk belang setelah dapat jawatan. Sebelum dapat jawatan alim sealim-alim imam. 

Bila kita jadikan jawatan pemerintah atasan ni sebagai lubuk duit, jadi susah nak dapat pemerintah yang benar-benar ikhlas memerintah. Kalau wakil pelajar dapat yuran free, wakil kerajaan pula dapat duduk rumah, pakai kereta gov dan sebagaianya. 

Maka lahirlah manusia mata duitan atau ada agenda tersendiri. Dia tak ikhlas pun memerintah. Sebab tu aku suka kalau jawatan pemerintah ni dapat bayaran sederhana sahaja. Supaya tak tarik perhatian buaya-buaya langap kat luar tu. Memerintah tak tahu. Yang kau tahu menyusahkan orang tak sudah-sudah.

Kita nak aset ke, rumah ke, kereta ni jadi reward pada pemerintah.Like for example, kita tak kesah pun bayar tax & bayar gaji pemerintah. Sebab apalah sangat kereta ini semua kalau nak dibandingkan dengan keringat dan usaha pemerintah nak jaga kesejahteraan kita. Tapi kita taknak benda ni semua jadi gula-gula untuk semut haram jadah kat luar sana. Kita taknak orang nak jadi pemerintah for the sake of harta atau kepentingan diri je. Taknak.

Again. Jangan jadi pemimpin keji. Undur kalau tak mampu bawa kebaikan. Berhenti kalau dah rasa diri bawa kemudaratan. Ini bukan soal tadbir peringkat universiti. Ini soal negara. Ini yang tentukan masa depan kita semua lagi 7 keturunan.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...