Pages

04 February 2017

10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Memulakan Perniagaan Homestay

Banyak keyword yang singgah dekat blog berkaitan cara nak buat homestay. Well I'm not an expert pun. Just sharing my previous experiences tolong my mum. Ini dia cara-cara nak berniaga homestay. Ceh.


I actually print out this image and frame it. Gantung dekat homestay . Jimat :p


1. Aset

Ketahui aset anda. Rumah kediaman atau baru nak cari aset. Kalau baru nak cari rumah, rancang perbelanjaan. Cari aset yang sepadan dengan target anda. Kalau nak buat homestay bajet, rumah kecil pun cukup. Kalau nak buat macam villa, cari yang dekat dengan kolam renang.

Homestay bajet harga RM 100- RM 400.
Bilik ada 3 atau 4 sahaja.

Homestay macam banglo biasanya RM 500- RM 900 1 malam.
Ada kolam renang & bilik ada 5  atau 6. Biasa ada balkoni , basikal & bbq site.



2. Lokasi

Kenal pasti lokasi dan potensi yang ada.

Tempat pelancongan :
 Homestay yang dekat dengan tempat perlancongan biasanya harga lebih tinggi dan dapat permintaan yang banyak. Tapi kene bersaing dengan lambakan hotel disekitarnya.

Pusat pengajian : 
Banyak ibu-bapa dari jauh yang akan datang dengan keluarga untuk hantar anak daftar ke pusat pengajian. Yang ni tempahan homestaynya bermusim. Kalau universiti masa bulan September. Kalau kolej matrikulasi, bulan April. Dan bulan October - November, bulan graduasi. 4 bulan utama ini target bulan untuk homestay yang dekat dengan pusat pengajian.

Pantai
Orang suka cari homestay untuk bermalam kalau singgah di pantai. Lagi selesa nak bersihkan diri.Tapi di tepi pantai banyak sangat saingan dari rumah inap dan chalet-chalet. Pastikan homestay anda menyerlah dari homestay yang lain. Banyak chalet tepi jalan. Senang nak jumpa. Dan kalau homestay anda jauh kedalam, bina papan tanda yang besar dan jelas. Permintaan homestay kebiasaannya tinggi sepanjang cuti sekolah.

Pusat Bandar
Pusat bandar ialah lokasi tertumpunya syarikat dan bangunan pentadbiran. Banyak pelanggan homestay menginap atas urusan outstation korporat atau kerja. Biasanya orang akan menginap dalam masa yang lama,4 malam- 14 malam. Dan bukannya hari cuti. Tapi waktu bekerja. Kalau anda dapat rumah berdekatan dengan bandar, then you are so lucky.

Kawasan perkampungan :
Kalau ada kawasan dusun atau sawah padi, boleh jadi bonus buat anda. Bagaimanapun tempahan dari pelanggan kebanyakannya atas urusan majlis pertunangan , perkahwinan ataupun jemputan kenduri. Biasanya jadi bonus kalau ada banyak unit homestay kerana pelanggan tempah banyak rumah. Iyelah dah kalau jemputan majlis atau rombongan perkahwinan,mestilah ramai.



3. Modal

Jika anda menggunakan rumah sedia ada, anda hanya perlu spend pada proses penambahbaikan hiasan dalaman rumah. Fokus lebih pada marketing strategy. Modal kurang. Mungkin bawah RM 10K

Kalau anda ingin mula dari bawah, beli rumah dan gunakan income hometsay untuk roll bayar duit rumah. Itu pun boleh juga. Cuma sakit sikit lah nak masukkan perabot, wiring,air dan deko. Tak dapat untung sangat pun mula-mula. Perabot basic bajet dalam RM 5000/ satu rumah. Biasa yang guna cara kedua ni orang muda yang baru nak beli rumah pertama.




4. Harga

Harga ikut saiz rumah dan kawasan rumah. Kawasan yang kurang dapat permintaan atau banyak saingan harga lebih murah. Contoh RM 150/ 1 malam untuk rumah satu tingkat 3 bilik (900ft) dalam kampung. Tapi kalau di bandar, rumah saiz sama dengan deko studio harganya RM 300/ 1 malam.

Ada yang tetapkan weekdays dengan weekend harga lain-lain. Terserah pada owner untuk tentukan harga sendiri. Dan yang penting harga yang pulang modal. Kalau RM 150 tapi sediakan 3 bilik tidur, tong gas, air cond & kolam renang sangatlah tak berbaloi. Nak tukar air kolam renang sekali pun dah RM 40. Belum lagi bil aircond & upah housekeeping. Sabun percuma dan teh/gula/coffee.

Jadi letak harga berpadanan dengan lokasi dan fasiliti homestay . Paling senang, survey homestay berdekatan. Letak range harga macam mereka.



5. Deposit

Deposit diperlukan untuk dua perkara . Salah satunya nak mengelakkan backout customer. Sebagai contoh, minta customer bank in RM 50 untuk lock tarikh . Baki pula bayar semasa masuk homestay. Sebab banyak pelanggan yang book atas angin sahaja, dengan kata-kata lepastu bila hari kejadian, lesap tanpa berita. Kita gigih reserved tarikh dia sampai tolak orang lain tapi dia tak muncul. Sebab tu perlu deposit ini.

Dan sebab kedua ialah untuk mengelakkan kes barangan homestay rosak ataupun hilang. Deposit jenis ini biasa kita kita pulangkan setelah kunci diserahkan kepada tuan punya homestay. Deposit jenis ini option sebab ada juga owner homestay yang tak ambil pun deposit ni. Tapi risiko tinggi bila dapat penginap hantu :) Macam kami tak ambil pun sebab paham ada orang tak banyak cash. Tapi tulah. Berhuhuhu la bila barang rosak, Hahaha.



6. Perabot & Kemudahan

Cari perabot yang kukuh dan tahan lasak. Elakkan warna hitam yang cepat berhabuk. Rumah homestay ini tak setiap hari ada pelanggan. Akan dibiarkan tak berpenghuni, kosong dan gelap sahaja. Jadi cari tema warna yang ceria dan tak jadi port tetamu yang diundang ya.

Tilam. Saya nasihatkan beli tilam gred hotel yang berkualiti. Memang mahal tapi berbaloi-baloi. Bertahun guna pun tahan lasak, spring kekal tak terkeluar, free coverlet. Kalau katil murah tiada masalah. Tapi jangan tilamnya.

Perabot basic sahaja yang harus ada dalam homestay anda. Tiru style hotel. Semua furniture attached to wall. Tak senang diubah-ubah. Lagi banyak perabot anda, lagi banyak nak dikemas. Lagi banyak habuk yang perlu dibersihkan




7. Marketing strategies

Use your own website, create a blog. Iklankan di laman web yang mesra carian seo. Buat facebook page dan instagram. Update dari semasa ke semasa. Bagi tanggapan bagus yang bisnes anda masih berjalan lagi. Rumah homestay masih lagi homestay. Belum berubah taraf.

Penunjuk arah
Pacakkan papan tanda yang menarik di area homestay anda. Banting sementara pun mencukupi untuk permulaaan. Please state more than 1 contact number. Install Whatsapp. Sangat penting.

Biz Card
Buat kad bisnes homestay anda dan letakkan dikedai makan popular/ viral di kawasan anda. Edarkan pada kenalan anda.

FB ads
 Boleh buat kalau mampu . Modal RM 29 ke atas.

Group Facebook
Join group homestay untuk lihat cara owner lain uruskan homestay mereka. Promote juga biz anda disini.

Attractive Yet informative
Nak promote homestay jangan tulis je. Bosan. Banyakkan guna gambar. Yang penting orang nak tengok rumah dulu. Paling penting straight to the point. Gambar kena pandai cari angle paling luas. 



You see bekas kesah ubat nyamuk atas sofa ? Haha. Sofa ni nazak dah.


8. Maintenance

Kenapa sesetengah homestay mahal ? 


Sebenarnya kos maintenance homestay sangat tinggi.  Let say if aircond rosak, peti ais rosak, tv rosak. Tapi ini jarang. Sebagai contoh, dekat homestay selalu sangat hilang tuala. Dalam sebulan tu mesti ada tuala yang hilang. Jenuh membeli walaupun cuma RM 12.90 tapi kalau selalu sangat hilang, sekali hilang sampai 3 tuala sehari, lunyai.


Nah pengalaman sebenar.


 Telekung pernah hilang. Selimut banyak tak boleh pakai sebab orang buat lap motor. Sampai ada kesan minyak hitam. Kadang cadar hitam sebab ditekap seterika panas. Beli baru. Cover sofa bocor sebab ada orang letak ubat nyamuk. Ada kayu dalam sofa patah sebab kanak-kanak lompat atas tu . Beli sofa baru. Dalam setahun ganti sofa dua kali :) Belum lagi kes jag, cawan hilang. Mungkin pelanggan terbawak balik. Ada juga periuk nasi  hilang.

Paling extreme, orang bawak masuk 8 buah motor dalam ruang tamu rumah. Berlumpur rumah . Maka menangislah kami semua cuci rumah.Kami siap bagi diskaun kat dorang. RM 130 je dua hari 1 malam . Haha. Tapi takpe. Inilah namanya cabaran, Lagipun orang muda kan.

Untuk homestay yang kenakan RM 150 untuk dua hari satu malam, sebenarnya tidak berbaloi kalau nak dibandingkan dengan kerosakan ini. Tapi as I said inilah cabaran perniagaan. Nothing is easy in business. Dan tak semua pun pelanggan buat hal. Golongan kecil je. Kadang kanak-kanak. Tapi I must say. Kalau setiap bulan tu memang wajib ada benda hilang walaupun cangkuk langsir seketul . Haha. Tapi kami halalkan jela. So bersediakah fizikal & mental anda ? 



Pasu tu boleh kira berapa banyak dah pecah . HAHA

9. Pendapatan Tahunan

For example, pendapatan tahunan tu kita kena kira lepas tolak duit bill electric dan air. Kalau ada duit maintenance barang yang besar boleh ditolak. Contoh macam kami, pendapatan kasar RM 25 000  + setahun untuk dua buah rumah.


Kita kena kira berapa tahun pendapatan untuk kita dapatkan pusingan modal rumah.

For example, Homestay ada dua unit rumah. 

Harga satu malam = RM 150

Kos bina rumah : RM 70 000 (untuk dua rumah)

Perabot : RM 10 000 (untuk dua rumah)

Marketing (Signboard, Business card, Facebook ads) : RM 500

Value added in 2016: BBQ Site, Outdoor decoration, Additional bathroom,Washing machine : RM 5000

Modal awal : RM 90 Ribu

Pendapatan untuk 1 tahun : RM 25 Ribu

Jadi kami perlu dalam 4 tahun untuk roll balik modal bina homestay ni. Mungkin kalau anda tak sabar nak roll modal kan ? Boleh improve homestay dan tambahkan fasiliti yang ada. Baru boleh naik harga :)

Create a logbook :
Jangan lupa buat logbook untuk kira pendapatan tahunan anda


10. Cabaran & Kesabaran

Last but not least you kena ada kesabaran. Berniaga homestay bukan sekadar oh terima duit beratus sehari dan duduk senang lenang. Bukan. 

Housekeeping
Kena ganti semua cadar dan selimut setiap kali orang keluar. Lipat toto dan tilam tambahan. Bila balik kena dobi semua cadar .Kena sapu lantai dan mop setiap inci rumah. Dah bersedia nak basuh periuk dan pinggan customer ? Haha. Tapi itu semua cabaran. Macam kami, kami tambah kopi, gula dan teh. Ganti tisu, ganti tuala baru. Kemaskan langsir, mop verandah. Cuci bilik air paling kaw. Kalau ada 3 bilik air, 3 bilik air nak cuci. Penat sebenarnya kalau kita ni bekerja dengan mak yang sangat hygiene. 
Takpe. Kalau niat kita betul nak bagi orang masuk bersih, Tuhan akan berkati rezeki kita.

Backout customer 
Akan banyak customer yang sekadar tanya dan survey sahaja. Layankan ja. Dah send location, gambar , nombor akaun etc. Tapi tak jadi. Sabar. Banyak rezeki lain menanti. Jangan marah.

Musibah
Homestay kene pecah masuk , barang rosak. Banjir dan bencana alam. Kita kena siap sedia dengan semua ini. Berniaga ni kena sabar. Selagi belum ada pelanggan, teruskan usaha. Jangan mengalah. Inshaa Allah. 

Any inquiries ? 

Email me at : diragmj@gmail.com. I am glad to answer or help you :)

Jangan Jadi Pemimpin Keji

So my mum always pesan

" Kalau tak mampu membawa kebaikan, jangan sesekali bawa keburukan"

Macam dekat sekolah,I saw banyak lagi orang talented tapi tak dapat naik atau dapat jawatan sewajarnya. Sebab cikgu yang pilih. Tapi syukurlah orang yang bukan calon pilihan tu walau naik atas, walau dia tak bawak kebaikan but at the same time dia tak bawa pun keburukan. I bet haa takde rezeki la kot orang talented tu. 

Dan aku perhatikan yang pelajar lebih gemar kalau mereka yang pilih ketua kelas atau ketua persatuan berbanding guru. Tapi tak semua guru macam tu dulu. Tapi kalau ketua persatuan tak layak ke apa. Apalah sangat impak. Persatuan je pun. Aku ingat oh dekat sekolah je kot macam ni. Kat luar kalau aku dah besar mesti takde sistem macam ni.

Dan masa Uni. Kalau pemilihan calon pelajar universiti, kadang aku nak gelak tengok manifesto yang ada. Contoh. Contoh jela. Menambah cermin disetiap koridor & bangunan akademik. Maaf, bukan kurang ajar. Maybe meleis akan cakap :

Kau ni tahu kondem je. Biarlah daripada kau bertanding pun taknak.

Dear meleis, maaf tapi aku tak jelas la apa impak cermin pada pelajar yang dah cukup derita dengan ekonomi mencekik dunia ni. Kami-kami tak bertanding sebab sedar diri. Tak mampu bawa kebaikan dan taknak pun menyusahkan. Takmau overconfident layak memimpin pelajar lain dan bagi pada orang yang lebih layak. Menghentam bukan bermakna kita cukup bagus tapi menghentam kerana kita nampak apa yang salah dan ada ruang untuk diperbetulkan semula. Sama-sama bangkit dari kesilapan.

Dan tiada satu pun pemimpin yang sempurna. Semua manusia buat silap.TAPI kita boleh cari pemimpin yang telus dan paling kurang kesilapan. He knows how to rule.

 Dan bukan nak menghentam,if u could see yang almost half dari calon memang langsung takde tokoh pun jadi pemimpin. Sebab apa ? Sebab dari manifesto yang dorang cadang, memang tak masuk akal pun nak dilaksanakan. Dan kalau aku Bhep Uni pun  aku pun geli-geli nak realisasikan. So jarang ada manifesto yang bernas dan pada yang sama masuk akal. 

But then akan ada diamond among them tau. Yang betul-betul layak jadi pemimpin. Tapi sayang jarang nak jumpa. Sebab apa ? Banyak orang bijak pandai lagi rela duduk relax dekat rumah dari nak hadap sistem korup yang tak dapat apa. So gais dalam pemilihan. Kalau kau salah nilai, memang terlepas la permata macam ni. Tapi tu peringkat uni. Syukur takde politik extreme. Dan alhamdulillah pelajar tak buta. Dorang pilih calon yang betul and yes they found the diamond.

Berbalik pada situasi negara ini. Aku rasa rakyat tak sepenuhnya didedahkan. Sebab mata mereka mulai rabun. Ada kataraks agaknya. Dah tak kenal mana permata dan mana kaca. Siapalah aku ni nak bagi komen kan ? Btw my blog :) Suka hatilah. If pemerintah boleh buat sesuka hati, i pun bolehlah menulis pendapat peribadi sesuka hati. Oh. Bebalik ke kisah pemerintah.

But surely orang yang hebat memerintah ni dia tak tunjuk bangang. Dia banyak berdiam dan cakap benda yang bawa kebaikan. Tapi orang kita kalau tengok calon mampu berhujah dengan point sampah. S E M B A NG.

Ohh he can talk. Choose him

Pergh lantang. Aku undi dia

SOO HANDSOME. Ok vote ni.

Tak lekang inshaa Allah dari mulut dia. Alim. He's the one ni.


Gais please.

Tak semestinya orang lantang bercakap ini dia pemimpin hebat. Tak semesti orang kurang bercakap ini dia tak berbakat. Find a leader yang he only talk when necessary. Ada percakapan dan ada tindakan susulan. Tak mata duitan dan yang penting tahu urus kewangan. Seriously please.

Tapi satu yang kau mungkin perasan biasa calon-calon yang terdesak bertanding berebut jawatan atau nak jadi pemimpin pucuk atasan ni, kau sukar baca diri dia dari awal. Sebab dia hanya tunjuk belang setelah dapat jawatan. Sebelum dapat jawatan alim sealim-alim imam. 

Bila kita jadikan jawatan pemerintah atasan ni sebagai lubuk duit, jadi susah nak dapat pemerintah yang benar-benar ikhlas memerintah. Kalau wakil pelajar dapat yuran free, wakil kerajaan pula dapat duduk rumah, pakai kereta gov dan sebagaianya. 

Maka lahirlah manusia mata duitan atau ada agenda tersendiri. Dia tak ikhlas pun memerintah. Sebab tu aku suka kalau jawatan pemerintah ni dapat bayaran sederhana sahaja. Supaya tak tarik perhatian buaya-buaya langap kat luar tu. Memerintah tak tahu. Yang kau tahu menyusahkan orang tak sudah-sudah.

Kita nak aset ke, rumah ke, kereta ni jadi reward pada pemerintah.Like for example, kita tak kesah pun bayar tax & bayar gaji pemerintah. Sebab apalah sangat kereta ini semua kalau nak dibandingkan dengan keringat dan usaha pemerintah nak jaga kesejahteraan kita. Tapi kita taknak benda ni semua jadi gula-gula untuk semut haram jadah kat luar sana. Kita taknak orang nak jadi pemerintah for the sake of harta atau kepentingan diri je. Taknak.

Again. Jangan jadi pemimpin keji. Undur kalau tak mampu bawa kebaikan. Berhenti kalau dah rasa diri bawa kemudaratan. Ini bukan soal tadbir peringkat universiti. Ini soal negara. Ini yang tentukan masa depan kita semua lagi 7 keturunan.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...