Pages

22 November 2016

Resepi : Pengat keledek manis

Ni pun paling selalu buat. Sebab senang kemain. Hoh riak nauzubillah. Haha

Anggaran : Satu periuk kecil penuh
Resepi asal
Untuk 6-8 orang makan
Masa : 20 minit

Bahan-bahan
- keledek
- gula melaka
- daun pandan
-tepung pulut
-pewarna

1. Ambil satu cawan tepung pulut. Bancuh dengan air biasa. Kepekatan tu asalkan boleh diuli. Macam playdoh anak tuu. Campurkan pewarna makan. Uli.

2. Boleh bulat-bulatkan doh besar telur cicak . Golekkan dengan tepung gandum kalau taknak melekat. Ada dua cara. Ada orang dia celur dulu. Macam Iolls ni malas. Iolls lebur je sekali nanti masuk dalam pengat tu. Bior dia serap santan. Yummeh. Marveles.Kuah pun pekat nanti.

3. Dalam periuk lain, didihkan air 3/4 penuh. Masukkan daun pandan & keledek yang telah dipotong dadu. Dalam masa tak sampai 4 minit kledek akan lembut. Kalau tak pakai air mendidih maybe dalam 8 minit. Jangan kembang sangat. Nanti keledek hancur masa kacau. Elakkan senduk besi. Kayu sahaja.

4.Masukkan gula melaka (seketul nipis tu) .Masukkan garam secubit

5. Masukkan santan. Kecilkan api. Kacau perlahan. Sambil kacau tu masukkan bebola yg diperbuat dari tepung pulut tadi. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Nak elakkan bergumpal.

6. Bila dah mendidih, tutup api. Jangan sesekali tutup periuk. Nanti keledek overcooked. Sebab haba terperangkap.

Okay chow bebeh.

Iollz dessert malas lebur-lebur camni memang expert . Kahkah

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...