Pages

22 November 2016

Resepi : Karipap Kentang Paling mudah

Holla girlssssssss. Buat apa tu? Googling resepi letuww. Wakaka

Dalam family. Kitorang ada satu prinsip tau. Prinsip dinamakan "Bukan malas tapi bijak"

It means that kalau anggaran masa buat kuih tu lama kemain. Dinasihatkan mak I beli je kuih tu kat tepi jalan. Kalau mudah bawah sejam boleh siap. Dipersilakan lah buat. Jimat pun jimat kan ? Yelah setakat minum petang harian kan. Jangan buang masa sediakan makanan kecuali kalau memang passion anda cooking. Eceh

Bak kata org dedulu. Asyik nak menyiapkan kedarah je bila la nak mengemas rumah, turun ke laman ? Deep bhai org dulu. Haha

Meh i ajar buat karipap versi kampung versi satu jam.

Tepung adunan
Tepung 3 cawan.
Air setengah cawan yg dicampur 1 sudu kecil gula & secubit garam
Minyak panas suku cawan

Inti 
- Kentang sebiji (potong kecil2)
- Serbuk kari satu sudu rata
- Bawang putih dua biji
- Bawang besar hiris besar-besar
- Minyak dua sudu
- Gula & garam
-  Kalau rajin masukkan kunyit secubit & daun kari

1. Masukkan tepung gandum dan air caampuran. Uli. Diikuti dengan minyak. Kalau terlalu kesat masukkan air.Bulat2 kan doh besar bola pingpong. Gelek dengan penggelek biar nipis. Ketepikan

2. Untuk inti, cincang bawang putih. Tumiskan daun kari & bawang putih tu. Masukkan bawang besar. Tunggu layur & naik bau.. Masukkan serbuk kari & kunyit (kalau rajin) Goreng api kecil. Takut hangus. Terus masukkan air suku cawan. Jangan banyak-banyak. Masukkan kentang dan didihkan sampai empuk

"Dia ada dua cara tau. Kalau rajin boleh rebus kentang dulu. Tapi sayangnya iolls malas. Nak wat cane. Dah memang genetik. So iolls simply potong racik je kentang tu. Terus masukkan dalam tumisan inti."

4. Kentang kalau racik halus. Dia kejap je empuk. Sambil tunggu kentang lembut, adjust gula dan garam. Rasa sedap ke tak :p

5. Bila air dah kering, tinggal kentang je, bolehlah matikan api. Ketepikan

6. Ok now u choose. Nak buat kelim karipap manual ke, nak pakai pengepit karipap ke atau nak pakai cara i ? HAHAHAHA.

7. Iolls pakai garfu je kat hujung doh karipap tu. Tak kuasa nak gentel bunga karipap. Caranya basahkan garfu kan. Pastu seal kan bahagian kelim karipap tu. Seal kuat-kuat. Nanti inti bocor ok.

8. Cara goreng pula. Wajib api sederhana-kecik. No api besar. Nanti hangus. Bila karipap dah nak keperangan-perangan, kuatkkan api dan angkat karipap. Kalau guna cara kampung ni Inshaa Allah karipap takkan berminyak sangat.

Okay siap :P


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...