Pages

22 November 2016

Resepi : Bubur Pulut Hitam Mudah

Holla :)

Aku ada satu penyakit suka snap gambar. Tapi bila nak upload malas nauzubillah. Seriously. Tak tahu kenapa.


Berbalik kepada bubur pulut hitam ni. Guna 5 barang je. Aku sambil online aku selalu masak benda ni. Jenuh nunggu. Haha

Anggaran : 1 periuk kecil
Resepi asal : Mama Ruby
Boleh makan 5-6 orang

Bahan-bahan
1 cawan pulut hitam
Gula melaka/ gula pasir
Garam
Santan kotak saiz kecil
Daun Pandan

1. Bilas pulut hitam dan rendam dalam air 2 jam
2. Masukkan air dalam periuk sampai beras pulut tenggelam . Didihkan api sederhana sampai pulut kembang. Kena kacau sesekali nanti pulut hangus kat bawah.
3. Macam mana nak tahu kembang ? Bila beras pulut tu dia merekah. Nampak isi terkeluar
4. Maukkan gula putih/gula melaka.
5. Masukkan santan dan daun pandan
6. Masak api paling kecil. Taknak santan pecah minyak.
7.Agak-agak dah nak mendidih, masukkan garam secubit rasa.
8. Jangan tunggu pekat sangat baru nak padam api. Sebab dah padam api pun nanti dia masih mengembang dan akan pekat Masak atas darat org-orang tua panggil

Siap

Okay gambar nantilah update eh ? Haha

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...