Pages

22 November 2016

Resepi : Karipap Kentang Paling mudah

Holla girlssssssss. Buat apa tu? Googling resepi letuww. Wakaka

Dalam family. Kitorang ada satu prinsip tau. Prinsip dinamakan "Bukan malas tapi bijak"

It means that kalau anggaran masa buat kuih tu lama kemain. Dinasihatkan mak I beli je kuih tu kat tepi jalan. Kalau mudah bawah sejam boleh siap. Dipersilakan lah buat. Jimat pun jimat kan ? Yelah setakat minum petang harian kan. Jangan buang masa sediakan makanan kecuali kalau memang passion anda cooking. Eceh

Bak kata org dedulu. Asyik nak menyiapkan kedarah je bila la nak mengemas rumah, turun ke laman ? Deep bhai org dulu. Haha

Meh i ajar buat karipap versi kampung versi satu jam.

Tepung adunan
Tepung 3 cawan.
Air setengah cawan yg dicampur 1 sudu kecil gula & secubit garam
Minyak panas suku cawan

Inti 
- Kentang sebiji (potong kecil2)
- Serbuk kari satu sudu rata
- Bawang putih dua biji
- Bawang besar hiris besar-besar
- Minyak dua sudu
- Gula & garam
-  Kalau rajin masukkan kunyit secubit & daun kari

1. Masukkan tepung gandum dan air caampuran. Uli. Diikuti dengan minyak. Kalau terlalu kesat masukkan air.Bulat2 kan doh besar bola pingpong. Gelek dengan penggelek biar nipis. Ketepikan

2. Untuk inti, cincang bawang putih. Tumiskan daun kari & bawang putih tu. Masukkan bawang besar. Tunggu layur & naik bau.. Masukkan serbuk kari & kunyit (kalau rajin) Goreng api kecil. Takut hangus. Terus masukkan air suku cawan. Jangan banyak-banyak. Masukkan kentang dan didihkan sampai empuk

"Dia ada dua cara tau. Kalau rajin boleh rebus kentang dulu. Tapi sayangnya iolls malas. Nak wat cane. Dah memang genetik. So iolls simply potong racik je kentang tu. Terus masukkan dalam tumisan inti."

4. Kentang kalau racik halus. Dia kejap je empuk. Sambil tunggu kentang lembut, adjust gula dan garam. Rasa sedap ke tak :p

5. Bila air dah kering, tinggal kentang je, bolehlah matikan api. Ketepikan

6. Ok now u choose. Nak buat kelim karipap manual ke, nak pakai pengepit karipap ke atau nak pakai cara i ? HAHAHAHA.

7. Iolls pakai garfu je kat hujung doh karipap tu. Tak kuasa nak gentel bunga karipap. Caranya basahkan garfu kan. Pastu seal kan bahagian kelim karipap tu. Seal kuat-kuat. Nanti inti bocor ok.

8. Cara goreng pula. Wajib api sederhana-kecik. No api besar. Nanti hangus. Bila karipap dah nak keperangan-perangan, kuatkkan api dan angkat karipap. Kalau guna cara kampung ni Inshaa Allah karipap takkan berminyak sangat.

Okay siap :P


Resepi : Pengat keledek manis

Ni pun paling selalu buat. Sebab senang kemain. Hoh riak nauzubillah. Haha

Anggaran : Satu periuk kecil penuh
Resepi asal
Untuk 6-8 orang makan
Masa : 20 minit

Bahan-bahan
- keledek
- gula melaka
- daun pandan
-tepung pulut
-pewarna

1. Ambil satu cawan tepung pulut. Bancuh dengan air biasa. Kepekatan tu asalkan boleh diuli. Macam playdoh anak tuu. Campurkan pewarna makan. Uli.

2. Boleh bulat-bulatkan doh besar telur cicak . Golekkan dengan tepung gandum kalau taknak melekat. Ada dua cara. Ada orang dia celur dulu. Macam Iolls ni malas. Iolls lebur je sekali nanti masuk dalam pengat tu. Bior dia serap santan. Yummeh. Marveles.Kuah pun pekat nanti.

3. Dalam periuk lain, didihkan air 3/4 penuh. Masukkan daun pandan & keledek yang telah dipotong dadu. Dalam masa tak sampai 4 minit kledek akan lembut. Kalau tak pakai air mendidih maybe dalam 8 minit. Jangan kembang sangat. Nanti keledek hancur masa kacau. Elakkan senduk besi. Kayu sahaja.

4.Masukkan gula melaka (seketul nipis tu) .Masukkan garam secubit

5. Masukkan santan. Kecilkan api. Kacau perlahan. Sambil kacau tu masukkan bebola yg diperbuat dari tepung pulut tadi. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Nak elakkan bergumpal.

6. Bila dah mendidih, tutup api. Jangan sesekali tutup periuk. Nanti keledek overcooked. Sebab haba terperangkap.

Okay chow bebeh.

Iollz dessert malas lebur-lebur camni memang expert . Kahkah

Resepi : Bubur Pulut Hitam Mudah

Holla :)

Aku ada satu penyakit suka snap gambar. Tapi bila nak upload malas nauzubillah. Seriously. Tak tahu kenapa.


Berbalik kepada bubur pulut hitam ni. Guna 5 barang je. Aku sambil online aku selalu masak benda ni. Jenuh nunggu. Haha

Anggaran : 1 periuk kecil
Resepi asal : Mama Ruby
Boleh makan 5-6 orang

Bahan-bahan
1 cawan pulut hitam
Gula melaka/ gula pasir
Garam
Santan kotak saiz kecil
Daun Pandan

1. Bilas pulut hitam dan rendam dalam air 2 jam
2. Masukkan air dalam periuk sampai beras pulut tenggelam . Didihkan api sederhana sampai pulut kembang. Kena kacau sesekali nanti pulut hangus kat bawah.
3. Macam mana nak tahu kembang ? Bila beras pulut tu dia merekah. Nampak isi terkeluar
4. Maukkan gula putih/gula melaka.
5. Masukkan santan dan daun pandan
6. Masak api paling kecil. Taknak santan pecah minyak.
7.Agak-agak dah nak mendidih, masukkan garam secubit rasa.
8. Jangan tunggu pekat sangat baru nak padam api. Sebab dah padam api pun nanti dia masih mengembang dan akan pekat Masak atas darat org-orang tua panggil

Siap

Okay gambar nantilah update eh ? Haha

16 November 2016

NYX Invincible Foundation Murah (Inspired)

Well hello girls :)

Mungkin ada yang nak cuba pakai produk branded tapi tak mampu nak branded semua. Contoh benda yang selalu pakai , tak mampu la branded kan ? Kalau sesetengah tu okayla. Especially students. Koyak poket nanti. 

Btw I'm selling NYX Invincible Foundation. Replica punya

Finishing : Matte

Texture : Liquid

Effect : Not to thick. Thin layer

RM 15.00



Ada dua code yang tinggal
02  Fair
03 Porcelain

Kalau fair ni orang cerah sesuai. Porcelain pulak yang sawo matang/kuning langsat

 Nyx foundation murah

Sekarang nak restock kali ketiga. Kalau nak join postage for next batch boleh whatsapp laju-laju. Tak laju nanti tertinggal. Padan muka :p

Vendor @ Afa Couture Boutique & Cafe Melaka

Nak order, jangan lupa screenshot and whatsapp :

019-3667349
019-3667349
019-3667349

Sincerely, 
Me

NYX SMLC Inspired Murah By Fadra Cosmetics

Assalamualaikum readers.

 For those makeup lovers yang rasa nak beli lipstick mahal tapi limit beli 2 3 batang je atas faktor kewangan. Tapi kan, nafsu tu nak beli berpoloh warna. Aset nak buat flat lay katanya. Ha boleh usha inspired lipstick by Fadra Cosmetics. 

NYX SMLC inspired. Harga borong je ni . Harga asal mahal. Tapi ada 2 codes je tinggal  girls. So nak letgo RM 8 je sebatang. Siap free gift lagi. Kualiti not bad jugak. 


Code Left :
SMLC 2
SMLC 4

Kalau berminat boleh screenshot & whatsapp owner Fadra Cosmetics

019-3667349
019-3667349
019-3667349






Sincerely, 
Me

02 November 2016

Homestay Ruby Rasul Melaka

Mengenai Homestay

Jumlah rumah setakat Nov 2016
2 unit rumah

Alamat homestay :
Lorong Mamat Jabar , Bachang, 75350 Melaka

Contact :
Puan Ruby : 012-6783807
Encik Rasul : 012-6143308

Blog :

Facebook :

Harga :
RM 150 / malam

Check in : 2 pm
Check out : 12 pm

Deposit :
RM 100


Kemudahan disediakan

Jumlah aircond :2 buah

Jumlah bilik : 3

Jumlah bilik air : 3

Sejadah & telekung

Sabun mandi

Ampaian

Q & A
Q : Ada mesin basuh ?
A : Tiada

Q : Ada buaian bayi ?
A : Tiada

Q: Kenapa kena bayar deposit ?
A: Untuk lock tarikh anda

Q : Ada iron tak ?
A : Ada

Q: Ada kemudahan bbq?
A: Ada

Q: Ada dapur masak ?
A: Ada



UPM 40th Convocation : Pre-Convo Shooting @ Morrocan Pavilion Putrajaya

Details

Pre-convocation shooting

UPM 40th Convocation
Lokasi : Morrocan Pavilion Putrajaya /Astaka Morocco
Photographer :Instagram @SyaahmiAzhari
RM 180 (Masa unlimited tapi ktitorang shoot around 2 hours)
Total pic taken : 200 if I'm not mistaken

Props : Shades and rob je


Tips : 

- Outdoor shooting kalau buat tengahari memang penat. Mekap cepat cair. Tapi kalau petang sangat pulak lighting tak cantik sangat. Lainlah kalau kau nak setting sunset.

-Silalah bawa tisu dan air masak banyak-banyak. Sebab kau shooting sorang takde masalah. Ini nak tunggu sebatilion punya turn amik gambar potrait. Hahaha

-White shirt memang penyelamat kalau setiap kalau setiap kali nak amik gambar :p Nampak suci dalam debu. Nampak acah educated hipster.

- Kalau outdoor, paling senang pun bawak belon dengan shades je.

Okay ?

Nah some pic chosen randomly from my folder.



Trust me. Putih & warna pastel sangat mempersonakan


 Tengah serabut carik eyeshadow. Make up session tak sudah . Hahaha. Padahal nanti gambar lighting kemain. Bentuk hidung pun tak nampak. Ini pulak eyeshadownya .HAHA

  Pemenda la gelak sampai terlopong tu.




 Acah clever girls. Padahal second class degree je semua. HAHAHA. Takpe. Clever la jugak korang. Clever mix around. Bersosial ngan orang. Clever jaga hati orang #acahdeep


 Haida stop being nice to everyone! Takkan nak candid pun bagi ruang dekat orang, biar orang lain masuk dalam gambar. Please pose depan camera . Hahahaha. Ingat ni belajar ke. Nak jadi baik lagi :p




Gambar formal. 9 dari 32 orang kos kami. 


 Fake laugh

  Acah ayu suwit muit tuit retweet


 Tipikal i know. Lambung-lambung. Menda la korang ni. Hahaha


 Candid


 Cat walk puii


9 from 10 bonding girls. Sorry nadia you takde. 
#Bonding #bondinggirls #microbabes

Overall puas hati dengan photographer. Ngangguk saja apa kita orang arah. Good job bro. Murah pun murah :) Sorry la sebab dapat fussy customer macam kami ni. Thank you


Sincerely,
Me

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...