Pages

10 July 2016

Resipi Kuih Siput - Dijamin Rapuh


Kuih siput 

Kuih siput versi ni memang lembut. Sebab mama cakap oramg tua banyak takde gigi. Biarlah buat lembut sikit. Ada banyak versi kuih siput . Ada yang pakai rempah. Ada yang tiada rempah. Kalau yang tak pakai rempah rasa macam pastri pun ada. Kalau yang suka pedas boleh tambah serbuk cili. Kalau kuih siput yang tak guna serbuk kari kan, warna dia pucat sikit, tak gelap. So ikutlah nak versi manapun yang penting lembut dan tak aniaya gigi orang tua-tua.

Anggaran : 2 botol besar
Resepi asal : Mama Ruby

Bahan-bahan

Tepung gandum     2 kg (2 bungkus)
Maejerin               4 cawan kecil
Minyak masak       2 sudu makan
Serbuk kari           2 sudu makan
Bawang goreng     2 cawan
Santan                  1 kotak kecil
Air panas        
Daun kari

Cara-cara mengadun

1.  Campur serbuk kari dan santan. Boleh tambah gula sesudu kalau nak. Ketepikan.

2.  Uli tepung, planta dan minyak masak bersama

3.  Masukkan santan tadi dan bawang goreng ke dalam adunan.

4.  Kalau terlampau keras, masukkan air panas sedikit. Kalau terlampau lembik, masukkan tepung sikit. Boleh gentelkan adunan kecil-kecil. Guna tepung gandum untuk elakkan adunan melekat.




Cara menggoreng

1. Panaskan minyak dalam kuali guna api perlahan (paling kecil)

2. Goreng daun kari dan masukkan kuih siput. Jangan kacau sangat.Bila dah keras sikit baru boleh kacau.

3. Bila warna dah coklat boleh angkat kuih dan daun kari. Jangan lupa toskan

 Goreng api perlahan

kuih siput mudah
Kuih siput rapuh dah siap :)

Siap !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...