Pages

19 June 2016

Resepi Kuih Ondeh-ondeh Ombre / Buah Melaka Paling Senang

C'mon. Siapa rajin menggentel kuih ni besar saiz guli, dia rajin kot. Haha. Kipidap peeps.

Sumber : Resepi mak



Bahan-bahan

Tepung pulut setengah peket
Air suam
Kapur setengah sudu kecil
Pewarna
Garam secukup rasa
Gula melaka diracik

Bahan nak salut kuih

Kelapa parut dicampur dengan garam dan gula suku sudu kecil


Cara-caranya :


Kacau air, garam,pewarna, kapur. Lepastu masukkan dalam tepung. Uli sampai jadi doh. Kalau kurang air tambah air. Uli sampai takde tepung melekat dekat mangkuk adunan. Macam kat atas ni guna dua warna. Konon kretif leteww.


Pewarna dah sebati gituu dengan tepung.


Racik gula Melaka halus-halus. Kalau tak halus nanti kena masak lama nak bagi gula cair sepenuhnya.



Bulat-bulatkan doh macam guli . Masukkan inti gula melaka. Dan bulatkan balik. Kalau too sticky, guna la tepung sikit. Tabur tak nak bagi lekat


Masak dalam air panas menggelegak dalam periuk. Bajet hipster letew ombre bagai ni.



Bila dah terapung je doh nye, boleh toskan dan golek dengan kelapa.

Golek jangan tak golek

Sambung golek balik. Chriszen. Golek sampai molek. Eh. eh. Bukan macam tula, kata Nelydia Senrose.

Okay done baby done. 


Tips : 
  • Kelapa parut kalau nak tahan lama, boleh kukus. Jujur saya malas. Jadi masukkan kelapa dalam microwave dan letakkan secawan air sebelah mangkuk. Panaskan suhu max. Sekejap je. Air tadi tu nak kekalkan kelembapan kelapa.

  • Gula ditambah ke kelapa salut sebab kadang ada kelapa parut dah tak rasa lemak santan dia sangat. So gula seciput . It helps. While garam pulak untuk elak kelapa parut cepat basi.

  • Fungsi kapur ialah nak jadikan kuih super kental.

  • Nak simpan doh ? Letak dalam mangkuk tutup dengan kain basah. Suhu bilik sahaja.

  • Jangan simpan doh dalam peti. Nanti keras. Tapi kalau dah tersimpan macam mana ? Don't worry. Masuk microwave dengan a cup of water disebelah. Heat up to 350 je. (Suhu thawing). Nanti doh lembut balik. Akan basah a bit masa nak gentel. So gentel dengan tepung pulut sikit.

  • Air rebusan kuih tu kalau nak lagi wangi boleh letak daun pandan. Malas macam saya ? Good. P amik setitis esen pandan untuk seperiuk air. Mashaa Allah sis. The smell. Haha. Kenapa tak letak dalam kuih terus je esen nye ? Sebab taknak baunya too much. Nak sesedap hidung je :)


  • Kuih kalau semakin kembang, semakin kenyal macam mochi japanese tu. Jadi sebelum angkat, pastikan dia kembang serata. Jadi masa uli tu tak perlu uli besar sangat.

  • Kalau takde gula melaka. Gula merah pun boleh. Chocolate pun boleh. Serius sedap macam mochi. Tapi nak menjaga resipi tradisi, tak sampai hati nak hidangkan kuih hipster ke mak pak. Takut mintak maki je. Hahaha.

  •  Sekian tips dari orang melaka.


I dont have the pic sebab sibuk nak berbuka.. Will update later. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...