Pages

25 December 2016

Review : Antara Hada Labo VS Bio Essence Thanaka White Vs Nano White. Skincare mana yang bagus ?

Muka pernah breakout teruk dulu masa 2012-2013. Ini antara produk yang pernahdigunakan. Tapi I can say ini antara paling okay among the rest. Harga mampu milik. Tak mahal sangat. Tak murah sangat. Mild effect. Ada bagi kesan jugak lah. Walau sikit secoet.Berbanding some tangkap muat product.

My skin type : oily skin


Hada Labo 


Pernah guna cleanser dia. Harga pun bawah RM 20. Pakai juga dengan lotion Hada Labo. Didn't know whats the name since semua tulisan bahasa Jepun. Pencuci muka dia mild. Tak rasa tegang bila basuh. Hasil lambat nampak. Tapi takde masalah masa pakai hada labo.

Lotion dia quite clear. More to toner I think. Bukan cream base punya produk. Lotion dia sangatlah melembabkan. Serius talk. Tak rasa melekit. Bila pakai dia macam serap. Hasilnya kulit sangat lembab. Dan yang paling best kulit tak kering, dan boleh rasa kulit lembut. Yang tak bestnya tak sesuai dengan orang yang banyak sebum , kuat berpeluh. Sebab kalau lambat cuci , for example masa datang bulan. Dia clogged our pores, so tumbuhlah jerawat kecil. So kalau yang nak pakai ini, dinasihatkan tetapkan lah masa pakai. For example paling lama , 5 jam. Lepastu basuh. Hilangkan minyak + lotion. Re-apply balik. Okay ?


Bio Essence Thanaka White , Bio Essence Snail Series


Thanaka White series.
Kalau dulu, masa student, miskin no income. Konon harga satu set ni boleh tahan mahal lah kalau untuk student waktu dulu. Tapi apalah sangat compared to SKII miniature set. Kahkah. Siapa pakai SKII, hangpa memang sumpah kaya wei. Pencuci Thanaka White Series okay. Bila pakai memang hilang minyak. Tapi jangan risau. SLS free. Pakai cleanser dia memang rasa kulit kesat tak berminyak. Memang muka tegang. Tapi pelik. Takde SLS or SLeS. Ke sebab ada lanolin ni ? Memang proven la, oil free je lepas pakai. Tapi kau tunggu la . Contoh mandi pagi kan. Pukul 7 pagi. Pukul 1 tu muka berminyak kaw-kaw macam mask. Umpama Cleanser ni dah clean semua pores. Dan minyak pun kemain happy keluar mencurah-curah. Ke sebab my skin type ? Overall good. Tapi jangan lambat basuh muka. Jangan.

Whitening Cream Thanaka Series ni mild. Lambat kesan gila kesan dia. Even roomate pun . Shes using the same cream. She said to me : "Tak putih pun pakai ni. Tak putih pun. Tak putih pun". Hahaha.As for me. Biarlah tak putih or lambat putih daripada dia bagi kulit bermasalah. Cream ini kurang sesuai jadi makeup base. Sebab dia punya konsistensi tu a bit thicker dari produk yang pernah guna. Dan belum sempat habiskan satu set I dah give up sebab malas nak pakai any skincare. Hahaha



Bio Essence Snail Series
Pencuci dia kan. Kalau pakai tu rasa lamanya nak kena bilas. Dia macam soapy and slimy. Dulu lurus bendul . Ingat Uish company ni pakai lendir siput ke apa ni. Pehal berlendir. Haha. Pakai cleanser ni dulu rasa insecure je, Yelah dulu mentality asal kulit tak kesat atau tegang akan hukum cleanser tu cakap cleanser tu tak bagus. Padahal cleanser yang tak menegang tu yang bagus sebenarnya. Tak banyak lembapan yang hilang.

So antara snail dengan Thanaka, I prefer Snail sebenarnya. Walaupun tak selesa dengan slimy texture dia. Bilas-bilas tak habis. Tapi in term of moisturizing, still Snail Series menang. Sebab Thanaka white ni kadang bila cuci dia mengeringkan kulit kadang-kadang. Itu yang kena backup dengan cream dia je.

 Nano White Product


Yang sempat pakai cleanser and toner. Pakai pun sebab memang malas gila nak buat homemade scrub ke apa. Yelah homemade ni satu je. Tak tahan lama. Jenuh lah nak ulit bab muka je hari-hari. HAHA.

Nano White. Okay juga yang ni. Toner dia best. Rasa cool je bila pakai. Mannitol kan. Dalam toner ni diperkaya dengan fruit extract la yang pastinya. Lemon , citrus, orange. Dan takde pun bahan-bahan yang pelik. Citric acid, fragrance. Wajiblah kan ada citric acid. Nak adjust pH. Toner pun kita tahu sebagai ejen yang adjust keseimbangan pH lepas cuci muka. Normal la pencuci muka. Anything yang melalui proses saponification (saponifikasi), pH dia akan alkali. Tinggi.  Tapi jangan risau. Toner kan ada :) Itulah tujuan toner dicipta.


So yang mana bagus antara tiga ni ?

Semua pun bagus kalau kulit korang ni normal , tiada masalah. Dah kata kan. Inilah antara 3 produk dekat drugstore ni. Semua pun best. My advice, kalau muka breakout, rehatkan seminggu. Kalau burn sebab chemical amik fresh aloevera tu tekap muka. Kalau takde, pakai tomato fresh, hancurkan. jadikan scrub. Tomato antioksidan kan. Memang sejuk je pakai. Pastu muka okay dah. 

Kalau nak try new products, make sure the content. No SLS, No SLeS, no paraben atau unauthorized preservatives.Mercury pun. Heavy metal tu. Kalau you masukkan golf ball dalam a cup of liquid mercury hg, sah sah bola golf terapung. It means betapa heavy nya mercury ni. Hahaha. Sorry kalau tak dapat relate. Lulz.

 Kalau yang jenis kulit terlampau sensitif. Elakkan produk yang ada fragrance. Concentrated fragrance we know more than 5% pun dah consider unhealthy gitew to our skin. Eczema. Ha lagilah kena hati-hati. Belum lagi kes synthetic fragrance. Impurities lagi.

Kalau nak pakai produk atas ni kena komited ye. Beli 1 set basic :

- Cleanser
- Toner
-Moisturizer
-Serum (duit lebih)

 Pakai 1 set kalau nak kesan yang optimum. Kalau kulit baru breakout. Contohlah ye. Orang cakap dah nak tidur, cuci muka, pakai toner & everything, baru tidur. Esok pagi baru cuci. Salah actually. Girl. Kulit u tu baru recover eh. Salah tu biar kulit bertoner ke berkrim ke apa. My advice. After Isyak tu kan. Basuh muka & apply toner/cream/moisturizer/any product. Masa nak tidur pukul 12 tu, basuh muka kasi clean from any chemicals, barulah tidur. 

See. 

Jangan samakan kulit kita dengan kulit orang. My mistake is too obsess nak heal skin breakout konon nak pakai cara orang lah. Tapi sebenarnya tak boleh. Kita kena kenal kulit kita dulu. Barulah kita boleh rawat kulit kita. Kita pulihkan kulit yang bermasalah.


Sekian..

22 November 2016

Resepi : Karipap Kentang Paling mudah

Holla girlssssssss. Buat apa tu? Googling resepi letuww. Wakaka

Dalam family. Kitorang ada satu prinsip tau. Prinsip dinamakan "Bukan malas tapi bijak"

It means that kalau anggaran masa buat kuih tu lama kemain. Dinasihatkan mak I beli je kuih tu kat tepi jalan. Kalau mudah bawah sejam boleh siap. Dipersilakan lah buat. Jimat pun jimat kan ? Yelah setakat minum petang harian kan. Jangan buang masa sediakan makanan kecuali kalau memang passion anda cooking. Eceh

Bak kata org dedulu. Asyik nak menyiapkan kedarah je bila la nak mengemas rumah, turun ke laman ? Deep bhai org dulu. Haha

Meh i ajar buat karipap versi kampung versi satu jam.

Tepung adunan
Tepung 3 cawan.
Air setengah cawan yg dicampur 1 sudu kecil gula & secubit garam
Minyak panas suku cawan

Inti 
- Kentang sebiji (potong kecil2)
- Serbuk kari satu sudu rata
- Bawang putih dua biji
- Bawang besar hiris besar-besar
- Minyak dua sudu
- Gula & garam
-  Kalau rajin masukkan kunyit secubit & daun kari

1. Masukkan tepung gandum dan air caampuran. Uli. Diikuti dengan minyak. Kalau terlalu kesat masukkan air.Bulat2 kan doh besar bola pingpong. Gelek dengan penggelek biar nipis. Ketepikan

2. Untuk inti, cincang bawang putih. Tumiskan daun kari & bawang putih tu. Masukkan bawang besar. Tunggu layur & naik bau.. Masukkan serbuk kari & kunyit (kalau rajin) Goreng api kecil. Takut hangus. Terus masukkan air suku cawan. Jangan banyak-banyak. Masukkan kentang dan didihkan sampai empuk

"Dia ada dua cara tau. Kalau rajin boleh rebus kentang dulu. Tapi sayangnya iolls malas. Nak wat cane. Dah memang genetik. So iolls simply potong racik je kentang tu. Terus masukkan dalam tumisan inti."

4. Kentang kalau racik halus. Dia kejap je empuk. Sambil tunggu kentang lembut, adjust gula dan garam. Rasa sedap ke tak :p

5. Bila air dah kering, tinggal kentang je, bolehlah matikan api. Ketepikan

6. Ok now u choose. Nak buat kelim karipap manual ke, nak pakai pengepit karipap ke atau nak pakai cara i ? HAHAHAHA.

7. Iolls pakai garfu je kat hujung doh karipap tu. Tak kuasa nak gentel bunga karipap. Caranya basahkan garfu kan. Pastu seal kan bahagian kelim karipap tu. Seal kuat-kuat. Nanti inti bocor ok.

8. Cara goreng pula. Wajib api sederhana-kecik. No api besar. Nanti hangus. Bila karipap dah nak keperangan-perangan, kuatkkan api dan angkat karipap. Kalau guna cara kampung ni Inshaa Allah karipap takkan berminyak sangat.

Okay siap :P


Resepi : Pengat keledek manis

Ni pun paling selalu buat. Sebab senang kemain. Hoh riak nauzubillah. Haha

Anggaran : Satu periuk kecil penuh
Resepi asal
Untuk 6-8 orang makan
Masa : 20 minit

Bahan-bahan
- keledek
- gula melaka
- daun pandan
-tepung pulut
-pewarna

1. Ambil satu cawan tepung pulut. Bancuh dengan air biasa. Kepekatan tu asalkan boleh diuli. Macam playdoh anak tuu. Campurkan pewarna makan. Uli.

2. Boleh bulat-bulatkan doh besar telur cicak . Golekkan dengan tepung gandum kalau taknak melekat. Ada dua cara. Ada orang dia celur dulu. Macam Iolls ni malas. Iolls lebur je sekali nanti masuk dalam pengat tu. Bior dia serap santan. Yummeh. Marveles.Kuah pun pekat nanti.

3. Dalam periuk lain, didihkan air 3/4 penuh. Masukkan daun pandan & keledek yang telah dipotong dadu. Dalam masa tak sampai 4 minit kledek akan lembut. Kalau tak pakai air mendidih maybe dalam 8 minit. Jangan kembang sangat. Nanti keledek hancur masa kacau. Elakkan senduk besi. Kayu sahaja.

4.Masukkan gula melaka (seketul nipis tu) .Masukkan garam secubit

5. Masukkan santan. Kecilkan api. Kacau perlahan. Sambil kacau tu masukkan bebola yg diperbuat dari tepung pulut tadi. Masuk sikit, kacau. Masuk sikit, kacau. Nak elakkan bergumpal.

6. Bila dah mendidih, tutup api. Jangan sesekali tutup periuk. Nanti keledek overcooked. Sebab haba terperangkap.

Okay chow bebeh.

Iollz dessert malas lebur-lebur camni memang expert . Kahkah

Resepi : Bubur Pulut Hitam Mudah

Holla :)

Aku ada satu penyakit suka snap gambar. Tapi bila nak upload malas nauzubillah. Seriously. Tak tahu kenapa.


Berbalik kepada bubur pulut hitam ni. Guna 5 barang je. Aku sambil online aku selalu masak benda ni. Jenuh nunggu. Haha

Anggaran : 1 periuk kecil
Resepi asal : Mama Ruby
Boleh makan 5-6 orang

Bahan-bahan
1 cawan pulut hitam
Gula melaka/ gula pasir
Garam
Santan kotak saiz kecil
Daun Pandan

1. Bilas pulut hitam dan rendam dalam air 2 jam
2. Masukkan air dalam periuk sampai beras pulut tenggelam . Didihkan api sederhana sampai pulut kembang. Kena kacau sesekali nanti pulut hangus kat bawah.
3. Macam mana nak tahu kembang ? Bila beras pulut tu dia merekah. Nampak isi terkeluar
4. Maukkan gula putih/gula melaka.
5. Masukkan santan dan daun pandan
6. Masak api paling kecil. Taknak santan pecah minyak.
7.Agak-agak dah nak mendidih, masukkan garam secubit rasa.
8. Jangan tunggu pekat sangat baru nak padam api. Sebab dah padam api pun nanti dia masih mengembang dan akan pekat Masak atas darat org-orang tua panggil

Siap

Okay gambar nantilah update eh ? Haha

16 November 2016

NYX Invincible Foundation Murah (Inspired)

Well hello girls :)

Mungkin ada yang nak cuba pakai produk branded tapi tak mampu nak branded semua. Contoh benda yang selalu pakai , tak mampu la branded kan ? Kalau sesetengah tu okayla. Especially students. Koyak poket nanti. 

Btw I'm selling NYX Invincible Foundation. Replica punya

Finishing : Matte

Texture : Liquid

Effect : Not to thick. Thin layer

RM 15.00



Ada dua code yang tinggal
02  Fair
03 Porcelain

Kalau fair ni orang cerah sesuai. Porcelain pulak yang sawo matang/kuning langsat

 Nyx foundation murah

Sekarang nak restock kali ketiga. Kalau nak join postage for next batch boleh whatsapp laju-laju. Tak laju nanti tertinggal. Padan muka :p

Vendor @ Afa Couture Boutique & Cafe Melaka

Nak order, jangan lupa screenshot and whatsapp :

019-3667349
019-3667349
019-3667349

Sincerely, 
Me

NYX SMLC Inspired Murah By Fadra Cosmetics

Assalamualaikum readers.

 For those makeup lovers yang rasa nak beli lipstick mahal tapi limit beli 2 3 batang je atas faktor kewangan. Tapi kan, nafsu tu nak beli berpoloh warna. Aset nak buat flat lay katanya. Ha boleh usha inspired lipstick by Fadra Cosmetics. 

NYX SMLC inspired. Harga borong je ni . Harga asal mahal. Tapi ada 2 codes je tinggal  girls. So nak letgo RM 8 je sebatang. Siap free gift lagi. Kualiti not bad jugak. 


Code Left :
SMLC 2
SMLC 4

Kalau berminat boleh screenshot & whatsapp owner Fadra Cosmetics

019-3667349
019-3667349
019-3667349






Sincerely, 
Me

02 November 2016

Homestay Ruby Rasul Melaka

Mengenai Homestay

Jumlah rumah setakat Nov 2016
2 unit rumah

Alamat homestay :
Lorong Mamat Jabar , Bachang, 75350 Melaka

Contact :
Puan Ruby : 012-6783807
Encik Rasul : 012-6143308

Blog :

Facebook :

Harga :
RM 150 / malam

Check in : 2 pm
Check out : 12 pm

Deposit :
RM 100


Kemudahan disediakan

Jumlah aircond :2 buah

Jumlah bilik : 3

Jumlah bilik air : 3

Sejadah & telekung

Sabun mandi

Ampaian

Q & A
Q : Ada mesin basuh ?
A : Tiada

Q : Ada buaian bayi ?
A : Tiada

Q: Kenapa kena bayar deposit ?
A: Untuk lock tarikh anda

Q : Ada iron tak ?
A : Ada

Q: Ada kemudahan bbq?
A: Ada

Q: Ada dapur masak ?
A: Ada



UPM 40th Convocation : Pre-Convo Shooting @ Morrocan Pavilion Putrajaya

Details

Pre-convocation shooting

UPM 40th Convocation
Lokasi : Morrocan Pavilion Putrajaya /Astaka Morocco
Photographer :Instagram @SyaahmiAzhari
RM 180 (Masa unlimited tapi ktitorang shoot around 2 hours)
Total pic taken : 200 if I'm not mistaken

Props : Shades and rob je


Tips : 

- Outdoor shooting kalau buat tengahari memang penat. Mekap cepat cair. Tapi kalau petang sangat pulak lighting tak cantik sangat. Lainlah kalau kau nak setting sunset.

-Silalah bawa tisu dan air masak banyak-banyak. Sebab kau shooting sorang takde masalah. Ini nak tunggu sebatilion punya turn amik gambar potrait. Hahaha

-White shirt memang penyelamat kalau setiap kalau setiap kali nak amik gambar :p Nampak suci dalam debu. Nampak acah educated hipster.

- Kalau outdoor, paling senang pun bawak belon dengan shades je.

Okay ?

Nah some pic chosen randomly from my folder.



Trust me. Putih & warna pastel sangat mempersonakan


 Tengah serabut carik eyeshadow. Make up session tak sudah . Hahaha. Padahal nanti gambar lighting kemain. Bentuk hidung pun tak nampak. Ini pulak eyeshadownya .HAHA

  Pemenda la gelak sampai terlopong tu.




 Acah clever girls. Padahal second class degree je semua. HAHAHA. Takpe. Clever la jugak korang. Clever mix around. Bersosial ngan orang. Clever jaga hati orang #acahdeep


 Haida stop being nice to everyone! Takkan nak candid pun bagi ruang dekat orang, biar orang lain masuk dalam gambar. Please pose depan camera . Hahahaha. Ingat ni belajar ke. Nak jadi baik lagi :p




Gambar formal. 9 dari 32 orang kos kami. 


 Fake laugh

  Acah ayu suwit muit tuit retweet


 Tipikal i know. Lambung-lambung. Menda la korang ni. Hahaha


 Candid


 Cat walk puii


9 from 10 bonding girls. Sorry nadia you takde. 
#Bonding #bondinggirls #microbabes

Overall puas hati dengan photographer. Ngangguk saja apa kita orang arah. Good job bro. Murah pun murah :) Sorry la sebab dapat fussy customer macam kami ni. Thank you


Sincerely,
Me

10 July 2016

Resipi Kuih Siput - Dijamin Rapuh


Kuih siput 

Kuih siput versi ni memang lembut. Sebab mama cakap oramg tua banyak takde gigi. Biarlah buat lembut sikit. Ada banyak versi kuih siput . Ada yang pakai rempah. Ada yang tiada rempah. Kalau yang tak pakai rempah rasa macam pastri pun ada. Kalau yang suka pedas boleh tambah serbuk cili. Kalau kuih siput yang tak guna serbuk kari kan, warna dia pucat sikit, tak gelap. So ikutlah nak versi manapun yang penting lembut dan tak aniaya gigi orang tua-tua.

Anggaran : 2 botol besar
Resepi asal : Mama Ruby

Bahan-bahan

Tepung gandum     2 kg (2 bungkus)
Maejerin               4 cawan kecil
Minyak masak       2 sudu makan
Serbuk kari           2 sudu makan
Bawang goreng     2 cawan
Santan                  1 kotak kecil
Air panas        
Daun kari

Cara-cara mengadun

1.  Campur serbuk kari dan santan. Boleh tambah gula sesudu kalau nak. Ketepikan.

2.  Uli tepung, planta dan minyak masak bersama

3.  Masukkan santan tadi dan bawang goreng ke dalam adunan.

4.  Kalau terlampau keras, masukkan air panas sedikit. Kalau terlampau lembik, masukkan tepung sikit. Boleh gentelkan adunan kecil-kecil. Guna tepung gandum untuk elakkan adunan melekat.




Cara menggoreng

1. Panaskan minyak dalam kuali guna api perlahan (paling kecil)

2. Goreng daun kari dan masukkan kuih siput. Jangan kacau sangat.Bila dah keras sikit baru boleh kacau.

3. Bila warna dah coklat boleh angkat kuih dan daun kari. Jangan lupa toskan

 Goreng api perlahan

kuih siput mudah
Kuih siput rapuh dah siap :)

Siap !!!

19 June 2016

Resepi Kuih Ondeh-ondeh Ombre / Buah Melaka Paling Senang

C'mon. Siapa rajin menggentel kuih ni besar saiz guli, dia rajin kot. Haha. Kipidap peeps.

Sumber : Resepi mak



Bahan-bahan

Tepung pulut setengah peket
Air suam
Kapur setengah sudu kecil
Pewarna
Garam secukup rasa
Gula melaka diracik

Bahan nak salut kuih

Kelapa parut dicampur dengan garam dan gula suku sudu kecil


Cara-caranya :


Kacau air, garam,pewarna, kapur. Lepastu masukkan dalam tepung. Uli sampai jadi doh. Kalau kurang air tambah air. Uli sampai takde tepung melekat dekat mangkuk adunan. Macam kat atas ni guna dua warna. Konon kretif leteww.


Pewarna dah sebati gituu dengan tepung.


Racik gula Melaka halus-halus. Kalau tak halus nanti kena masak lama nak bagi gula cair sepenuhnya.



Bulat-bulatkan doh macam guli . Masukkan inti gula melaka. Dan bulatkan balik. Kalau too sticky, guna la tepung sikit. Tabur tak nak bagi lekat


Masak dalam air panas menggelegak dalam periuk. Bajet hipster letew ombre bagai ni.



Bila dah terapung je doh nye, boleh toskan dan golek dengan kelapa.

Golek jangan tak golek

Sambung golek balik. Chriszen. Golek sampai molek. Eh. eh. Bukan macam tula, kata Nelydia Senrose.

Okay done baby done. 


Tips : 
  • Kelapa parut kalau nak tahan lama, boleh kukus. Jujur saya malas. Jadi masukkan kelapa dalam microwave dan letakkan secawan air sebelah mangkuk. Panaskan suhu max. Sekejap je. Air tadi tu nak kekalkan kelembapan kelapa.

  • Gula ditambah ke kelapa salut sebab kadang ada kelapa parut dah tak rasa lemak santan dia sangat. So gula seciput . It helps. While garam pulak untuk elak kelapa parut cepat basi.

  • Fungsi kapur ialah nak jadikan kuih super kental.

  • Nak simpan doh ? Letak dalam mangkuk tutup dengan kain basah. Suhu bilik sahaja.

  • Jangan simpan doh dalam peti. Nanti keras. Tapi kalau dah tersimpan macam mana ? Don't worry. Masuk microwave dengan a cup of water disebelah. Heat up to 350 je. (Suhu thawing). Nanti doh lembut balik. Akan basah a bit masa nak gentel. So gentel dengan tepung pulut sikit.

  • Air rebusan kuih tu kalau nak lagi wangi boleh letak daun pandan. Malas macam saya ? Good. P amik setitis esen pandan untuk seperiuk air. Mashaa Allah sis. The smell. Haha. Kenapa tak letak dalam kuih terus je esen nye ? Sebab taknak baunya too much. Nak sesedap hidung je :)


  • Kuih kalau semakin kembang, semakin kenyal macam mochi japanese tu. Jadi sebelum angkat, pastikan dia kembang serata. Jadi masa uli tu tak perlu uli besar sangat.

  • Kalau takde gula melaka. Gula merah pun boleh. Chocolate pun boleh. Serius sedap macam mochi. Tapi nak menjaga resipi tradisi, tak sampai hati nak hidangkan kuih hipster ke mak pak. Takut mintak maki je. Hahaha.

  •  Sekian tips dari orang melaka.


I dont have the pic sebab sibuk nak berbuka.. Will update later. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...