Pages

20 January 2014

Putus Asa

I know they've hurt you bad. I know that. Now listen :)


Putus asa memang perkara biasa. Kita adalah manusia. Manusia sewajarnya putus asa .  Kenapa ? Kerana kita manusia makhluk lemah yang tak pernah sempurna dalam berusaha.


Kau cakap kau tak tahan lagi.
Sudah menangis sepanjang hari.
Dan kini tinggal satu perkara sahaja.

Putus asa.


Putus asa kerana kau ditinggalkan.Tanpa sedar, putus asa itu membuatkan kau lagi jauh ketinggalan.

It's showtime!
Keep moving on
No matter how far you were left behind.


Sekumpulan kecil askar menjunjung bebanan seberat 250 kg , merentas jalan 100 km dengan kayu balak tergalas di bahu. Latihan 60 jam tanpa henti ? Dengan latihan saringan kemasukan pertama kadar kematiannya 5 % . Berkawad selama 36 jam. Kecederaan menjadi kewajiban untuk anggota badan. Diberi makan dan tidur yang tidak mencukupi. Kalori yang sewajarnya diperlukan tubuh pada hari latihan ialah 3000 kalori , tetapi mereka hanya diberikan 400 kalori makanan ? Di negara mana ? Tak usah dicerita.


Seorang pelajar perubatan kita yang belajar di luar negara diherdik pensyarah dengan perkataan " You stupid" Di hadapan semua orang di dalam dewan kuliah hanya kerana salah menberi jawapan. Di sini pelajar mungkin dipuji kerana berani mencuba menawarkan diri untukjawab soalan tetapi di sana keberanian tidak berguna .Apa yang penting jawapan si pelajar.Di negara mana ? Tak usah dicerita.


Kau menangis kerana putus cinta. Kau menangis kerana komponen parti politik kalah . Kau menangis kerana kau tiada apa yang mereka ada. Kau menangis kerana tak selesaikan tugasan tepat pada masanya. Kau menangis kerana komputer riba kau rosak semasa minggu akhir semester. Kau menangis bila semua assignment hilang dan setelah kau buat semula, ianya hilang buat kali kedua. Di negara mana ? Off course Malaysia ! 


Bila bersedih, kunci diri dalam bilik mandi. Menangis rasa diri tak berguna. Mungkin itu terlalu ekstrem dan dongeng sangat untuk masyarakat kita. Kau mungkin tak menangis langsung tapi mungkin kau dengar lagu sambil menjerit kuat-kuat. 


Lepak dekat shopping mall tengok wayang, usha orang hilangkan stress katanya. Bila dah lepak mana tahu ada ilham untuk selesaikan masalah . Ternyata kau salah. Hukum psikologi , bila kau kecewa , kau dengar lagu berderau metallica, kau hempas barang segala, lagi agresif perasaan kau itu. Kau hanya perlu cari ruang untuk menangis. Itupun hanya sebentar.


Menangis lama-lama tandanya mengalah.


Kau cakap kau orang susah makan nasi campur lauk sama hari-hari.Tak ayam mungkin ikan. Lauk yang membosankan. Lauk sama berulang.


Dan perlu ke dicerita ada manusia Dekan, ambil Ijazah Sarjana Muda, makan nasi penuh dalam pinggan dengan lauk sayur . Harga makanannya setiap hari RM 1.00 (Nasi) + RM 0.50 (sayur). Dia makan makanan RM 1.50 sehari. Itupun sekali sehari. Nak tengok dia beli air memang tak pernahlah. Balik ke bilik barulah minum air masak. Tak pernah langsung dia beli lauk lain selain sayur. Tak pernah. Memang tak pernah.


Kena sedar. Kita cakap kita orang susah tapi ada yang lebih susah. Kita cakap kita dah berusaha tapi mereka ada yang lebih berganda usahanya. Kau cuma bernasib baik kau dilahirkan punya kehidupan senang. Dan mereka pula tak boleh dipersalahkan hanya kerana mereka lahir dalam keluarga serba kekurangan. Yang penting percaya dengan apa yang kau usahakan !Jangan jadikan kekurangan alasan nak putus asa , nak putus harapan.


Kau cakap kau susah , orang lain pun susah juga. Nak apa lagi ? Masih nak putus asa?


Manusia kalah !
Kedekut usaha!
Tak mati pun lah kalau kena mencuba kali kedua !
Tak luak pun apa-apa !


Mungkin kau perlu diuji mental fizikal persis askar untuk kau sedar.
Mungkin kau harus diherdik oleh pensyarah barulah kau mahu belajar.
Mungkin kau terlalu manja.
Sebab itu kau lemah.
Lemah dan semakin lemah.


Boleh menangis.
Menangislah.
Tapi janji dengan diri.
Bangkit tepis air mata.


Tanggisan hanya satu fasa.
Kesakitan hanya sementara.
Kemenangan untuk selama-lamanya.



It's showtime.
Pheuwww! *Libas tudung ala Megan Fox*


P/s : Peringatan untuk diri sendiri dan teman-teman yang hampir rebah meghadapi dunia .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...