Pages

04 December 2013

Book Review : Dear Diary By Syazwani Izzati


So why you should read this book ?


         Mudah. Buku ini ditulis semasa umur penulis berusia 13 tahun. Saya ulang, 13 tahun.Kalau nak jadikan buku cerita untuk meningkatkan tahap grammar dan vocab anda khususnya yang remaja, ianya sangat digalakkan. Ayatnya ringkas , tersusun dan mudah difahami. 


Penulis : Syazwani Izzati
Harga : RM 19.90
Bahasa : Inggeris 
Mana boleh beli : MPH online/offline
Rate (Buku remaja)  :4.00 / 5.00


Sinopsis
     Mengisahkan penulis yang baru melangkah ke alam sekolah menengah. Seperti kebanyakan kita, kita akan menganggap sekolah menengah itu sangat cool dan pelajarnya sangat matang. Tetapi setelah merasa sendiri , barulah tahu yang pelajar sekolah menengah persis sekolah rendah. Kecuali mereka yang betul-betul senior. Ikuti kisah penulis yang berhadapan peristiwa-peritiwa sempoi seperti terjumpa kaki katak di dalam sup , berkomunikasi dengan haiwan peliharaannya Gino dengan cara paling unik dan macam-macam lagi pengalaman yang baru ! Seperti perempuan lain, penulis juga tak suka menunggu. 


Komen 
   Sebagai penulis muda, karya ini boleh tahan sempoi. Sejujurnya, masih banyak yang boleh diisi. Tapi takpe. Umur penulis muda lagi. Mungkin boleh tingkatkan prestasi dengan menghasilkan beberapa penulisan lagi. Yang penting menulis dengan telus . Ikhlas dari hati.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...