Pages

04 August 2013

Cara mengetahui anda disihir


Sihir ? Suatu perbuatan dengan mendapatkan pertolongan makhluk halus untuk mendapatkan sesuatu.Bagaimana  nak tahu diri anda disihir ? Mudah sahaja.



Simptom-simptom

1. Diri anda akan kerap mengigil .Menggigil kerana didekati makhluk halus lain dengan menggigil ketakutan biasa lain ye. Anda akan menggigil secara tiba-tiba. Sehingga terasa di bibir anda. Teketar hingga rasa ke tulang. Kejap datang kejap hilang.


2. Kerap ternampak bayangan yang berdekatan dengan anda. Jika memang selalu ternampak bayangan di tempat yang sama , kemungkinan tempat itu yang berhantu. Tetapi jika bayangan itu sentiasa mengikuti anda . kemungkinan anda memang disihir.


3. Bagi yang disantau makanan , anda akan nampak yang bukan-bukan dalam makanan anda mahupun benda disekeliling . Tali dianggap ular kecil , nasi dianggap ulat. Tetapi tak semua yang boleh nampak. Mereka yang berkebolehan sahaja yang mampu nampak.


4. Selalu rasa ada angin menerpa muka apabila membaca ayat-ayat suci mahupun beribadah. Tiada angin sebenarnya. Paham-paham la ya :)



Bagaimana pula tahu sesuatu tempat disihir ?

Mudah.

Contoh pertama :

Monyet bergelimpangan bergayut di kedai makan dan anda tahu itu bukan monyet biasa. Air liur monyet jatuh ke dalam makanan pelanggan. Dan monyet itu tidak takutkan manusia. Tak semua boleh melihat ini. Dan apa yang peliknya ? Kedai itu banyak pelanggan . Ini namanya 'pelaris'


Contoh kedua

Anda selalu makan di kedai makan yang sama hari-hari. Tiba-tiba anda rasa anda tak mahu pergi makan dekat situ langsung tanpa alasan yang kukuh. Hari pertama kata nak ubah selera, lepas beberapa lama terus rasa benci nak makan padahal kedai itu sebelum ini sempurna. Mungkin kedai ini dikhianat wallahualam. Well benda-benda 'terkutuk' ini dihantar untuk melindungi kedai makan dari pandangan manusia. Kira pandangan kita langsung tak nampak kedai ini walaupun ada di depan mata. Seperti papan hitam yang menghalang pandangan. Kalau Ustaz biasanya dia boleh tahu.


Cara mudah dan ekspres nak ubati diri disihir ?


Tolong. Tolong hafal ayat Kursi. Kalau boleh simpan kad ayat kursi RM 1.20 tu dalam beg duit. Incase lidah gagap boleh refer. Kemudian tolong. Tolong hayati ayat yang anda baca tu, boleh tutup mata kalau nak khusyuk. Kalau baca tapi tak menghayati pun payah. Seakan baca Al-Quran, hayati bait-bait dan maknanya .Barulah indah.


Masa zaman matrik dulu , pernah budak-budak ni baca ayat-ayat Al-Quran dekat budak meracau. Berejam la juga tapi keadaan masih sama. Kemudian datang satu Imam (rasanya) baca satu surah je . Dia baru nak baca Bismillah pun budak tu dah hyper like homaigodddd  aku yang baru sampai pun terketaq pala lutut baqhang . Imam tu habis baca surah, budak tu pun terus sembuh. Ramai yang tanya. Ada juga yang memepertahankan. ''kami dah baca dah . bla bla bla.'' .

 ''Kami baca surah yang sama , kenapa tak berkesan? "

Hamik kau Imam kampung sebelah tu terus mengamuk.

"Bukan surah jadi masalah. Penghayatan ! Baca Al-Quran tak hayati makna dengan betul nak buat apa ! Niat tu. "


Lebih kurang la ayat dia. Panjang lecture dia. Tergamamlah semua budak-budak usrah. Itulah pengajarannya . Orang kampung dulu selalu cakap kalau dah 'kotor' tiada cara lain dan urgent sangat pakai buah limau nipis  pun boleh. Sapu satu badan , badan rasa wangi dan bersih. So benda-benda ni akan jauh la sikit dek sifat acidic & bau limau yang kuat hilangkan kotoran (sweat, blood)


Sebab itu banyak iklan shampoo guna limau. Limau nipis, limau gedang. Sebab dia mampu hilangkan kekotoran , bau dan sekaligus bau limau yang tajam ini berikan kewangian dekat kita. Kan benda-benda ni sukakan kekotoran. Pikir logik akal lah ya. Acidic.


Segala penulisan diatas berdasarkan pemerhatian, penyelidikan, pengalaman yang sebenar dan pemikiran diri sendiri. Saya bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis. Tapi saya tak bertanggungjawab atas apa yang awak faham melalui penulisan saya. Bergantung pada individu untuk menilai betul atau salah :) Sekadar perkongsian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...