Pages

19 June 2013

Mak Ayah

Tajuk : Mak Syah
Kategori : Puisi Urban


Mak ayah
Mak ayah
Mak ayah
Sudahlah tua tidak bekerja
Yang susah payah bawak kereta manual lama
Yang sanggup berjaga dari pukul 5 pagi semata menghantar anak dia.
Yang sanggup berhutang asalkan anaknya mahu belajar.


Mak ayah
Mak ayah
Mak ayah.
Telefon hari-hari kejutkan subuh.
Telefon hujung minggu pastikan si anak tak tersasar jauh.
Mendoakan si anak tak jenuh-jenuh


Mak ayah
Mak ayah
Mak ayah.
Menangis bila tahu cafe tutup anak tak makan.
Sedih lihat anak tak dapat course yang diidam.
Tak marah lagi bila anak dah matang.
Walaupun si anak dah melampaui batasan
Dengan alasan, anak mak.
Siapa lagi yang nak sayang? Kan.


Maka ayah
Mak ayah
Mak ayah
Anak kurang ajar masih diberi muka
Anak nak itu ini dibaginya semua
Sampai satu saat si anak besar kepala
Mak ayah cakap tak mengapa
Buatlah , sementara mak ayah masih ada.


Saat anak sudah besar panjang
Mak ayah pula dijhamba abdikan
Kena jaga cucu-cucuyang persis setan.
Mentang-mentanglah  kau yang sara mereka makan.
Sampai hati mak ayah kau sampah-sarapkan?


Mak ayah
Mak ayah
Mak ayah
Maafkan bila kau terlanjur kata
Maafkan bila kau kecundang secara sengaja
Maafkan bila anak besar kepala


Satu saat kau pilih orang luar juga !
Kau bertuhankan orang luar juga !
Kau persetankan ahli keluarga !
Alasannya apa ?
Boleh tahan bodoh juga alasannya.


'Kawan fahami aku sepenuhnya.
Mak ayah tahu membebel sahaja
Dari segi perasaan mak tak pernah nak jaga.!''


Sebab itu melayu dulu selalu pesan
Sayang anak tangan-tangankan
Nanti dia pijak belakang.
Bukan kata tak sayang
Tapi nak bagi pengajaran.
Bersyukurlah ada yang mahu besarkan
Dari jadi anak buangan?


Mak ayah
Mak ayah
Mak ayah
Hargai mereka
Tak suruh pun bagi harta benda
Patuh cakap mereka
Jangan risaukan hati mereka
Itu pun kata susah ?


Hargai sementara masih ada.
Kalau dah tiada nak cari mak kat mana ?
Syurga ?


Kalau lah kau masuk syurga.
Mana tahu kau anak derhaka tersesat kat celah neraka?
Memang taklah syurga bertemu neraka.


Peringatan untuk diri sendiri. Ikhlas daripada :
Bekas anak tidak sedar diri.


4 comments:

ekin schmidt said...

ermmm!
not bad.
mak ayh mak ayh :)

they always support their kids right or wrong . thats weird but thats a fact :)

man said...

sy syg mak bapa sy..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

obat varikokel said...

mak ayah mak ayah..
bagus puisinya

Nisha said...

^U^ Jom Join! 28 hadiah menarik! Top refferal akan mndapat Rantai Moustache dan HADIAH PILIHAN SENDIRI! Let's Join! :D http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-simple-giler-by-anis.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...