Pages

27 January 2013

Aku dah cuba



Aku dah cuba
Bukan tak cuba
Jangan pakai kata
Aku kedekut usaha

Aku memang lemah bab jadi wanita
Membesar bukan dalam kalangan hawa
Aku memang takde kesopanan kesusilaan segala
Semua benda pun main redah
Belajar ? hurm samalah
Redah , markah pun atas pagar

Diri ? cuba jadi bersahaja
Tapi sedar dah tiada seri
Makin selekeh , macam mayat bernyawa
Kononnya wanita urban , pewaris bandaraya
Rupanya makcik pakai sarung , lepak layan drama
Drama apa?
Melayu, indon, cina , filipina ,semua  pun ada.

Katanya nak jadi penegak undang-undang ,
Tapi itu dulu kala
Mulut main sembur
Fikir pakai hati
Otak letak di kaki

Konon suka sejarah
Konon suka berkata
Tapi sekarang suka jugak berkata-kata
Cakap benda lagha tak sudah ,
Mengumpat si polan berkoyan-koyan
Menceceh hajat tak kesampaian
Menjaja mimpi tak jadi kenyataan ,

Kan aku dah cakap aku dah cuba ?
Oh ada lagi
Dulu kata nak jadi the only one
Ekslusif dan istimewa
Tiada plagiarisme
Tiada isu meleisista
Akhirnya uhh terselit juga dikalangan mereka
Kekal tipikal , kekal konservatif
Kekal biasa kekal sederhana
Dan tahniah
Kini anda sebahagian daripada mereka

Puas hati ? Meh tolong penulis jom :)


Boleh klik banyak-banyak kalau berminat. Terima kasih dunia.  ^_^

24 January 2013

Koleksi ayat cinta sedih

 [Original] Yang dah copy paste tu mohon credit ye.


Takde life
Makan, tidur, lagu.

Kalau sayang , tolong simpan saya dalam lubuk hati yang paling dalam. Kalau dah tak sayang , tolong berikan pada insan yang lebih memerlukan,


It's raining outside , i'm crying inside.when you laughing , im smiling . But when you laughing with her, guess what , i'm dying a lil bit inside :)



Kadang-kadang kita lepaskan dia pergi bukan sebab kita dah tak sayang. Tapi sebab kita terlalu sayangkan dia, kita biarkan dia bahagia dengan orang yang dia sayang.



Perempuan bukan macam tisu. Bila dah guna orang buang . Bila tak guna , dibiar melayang .



Lelaki ini manis mulut penuh rayuan.Perempuan pula mudah cair dengan pujukan. 



Lelaki egonya tinggi, perempuan rajuknya tak bertepi. 



Berhenti menangis untuk hati yang tak sudi . Tapi bangkitlah untuk hati yang sedang menanti

Benar jodoh ada di mana-mana. Kumbang bukan seekor, Bunga pula setaman . Tapi cinta pertama tak sama dengan cinta kedua ,ketiga dan seterusnya.



Saya mungkin tak sempurna seperti perempuan yang awak pernah cintai. Tapi tak salah mencuba untuk mencintai ? Sekurangnya menghargai :(



Kita selalu minta kebebasan dalam perhubungan . Sampai kita tak sedar kebebasan yang kita minta itu sebenarnya adalah perpisahan. 



Perempuan yang hebat tidak akan menangis untuk lelaki . Tapi perempuan yang baik akan menangisi sesuatu perpisahan. 



Saya gembira bila tengok orang yang saya sayang berdamping dengan orang lain. Saya memang tumpang gembira jika awak bahagia dengan dia , tapi akan lebih gembira jika orang itu ialah saya :(


Awak mengharapkan kesempurnaan saya sampai awak lupa bagaimana ketidaksempurnaan saya buat awak jatuh cinta. Cela itu sempurna bagi saya. Mungkin bukan di mata mereka. Tapi cukuplah di mata kita. Kerana ini kisah kita. Bukan kisah mereka.




Terima kasih kerana membaca.
Kalau nak copy tu mohon kredit ya :)


23 January 2013

Cara mudah membuat kerongsang daripada kain kapas & felt

 Assalamualaikum

Hai manusias, meleisistas , kakaks-kakaks dan adiks-adiks.

Reben Kain Cotton Viscous

Pilih kain ye kak . Kita pakai merah ah. macam banyak je lagi.

Potong kain bentuk 4 segi .Saiz ikut suka hati. :D

Kepit 2 untuk  agak besar mano eh brooch kite ni nanti


Lipat 3 kain tadi


Kepit tengah-tengah. 

Kita amik lace crochet 1 cm untuk ikat brooch kat tongah

Gamkan bagi kuat erat mesra rapat. 

Haaa. Tang ni best. Hamik pin dan gamkan dengan rakus pada reben tadi. Kepokkan gam banyak-banyak. Nanti taklah mudah tanggal .Nanti kalau tercabut , sape jugak yang susah. Korang jugak. Lepastu cakap refer tutorial siapa ? aku jugak . Wawawawa



Dah pun siap. Selamat pun bersemadi dengan kengkawan brooch yang lain. Muahahaha
  



Gila tak mencabar tuto kau. Budak tadika pun boleh ajar. Relaks.
Siapa kata dah habis ? Ada lagi satu tutorial ni haa.


Bunga Semarak Kain Felt
Kemain tradisional nama kau .

Potong kain felt sebesar kalkulator saintifik


Potong panjang-panjang macam kuey tiow


Gamkan macam gambar di atas. Kemain hodoh jari kau admin.



Susun ikut susunan. bertindih-tindih. Lepas tu gam


Susunkan mutiara palsu terpakai. Aku sebat rantai lama mak yang putus.


Kalau tak suka kelopak panjang nau, kelepetkan kedalam . So satu kelopak bentuk dua kelopak kecil yang lain.


Dah siap dan boleh show off dekat orang jual keronsang tudung.


Kalau rasa-rasa manik mutiara tadi buruk benau, tukar ja pakai manik lebih proper. Jangan risau. Hot glue gtu boleh tarik je. Tetap maintan gaya dan keunggulan. 

Tahu benda ni hudus bila tengok depan-depan. Tapi bila pakai kat tepi bahu takkan orang nak tenung tajam-tajam part tu kan? Haa.. lagi jauh akan nampak macam bunga tau uolss. Sila lah tertipu.

Sekian tuto yang tak seberapa tuto. 
Jangan serik baca lagi.
Admin gedik undur diri.

Puas hati ? Meh tolong penulis jom. Klik dan tunggu kalau berkenan dengan tawaran di bawah. :)



Boleh klik banyak-banyak kalau berminat. Terima kasih dunia.  ^_^


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...