Pages

23 October 2013

Homestay Sungai Haji Dorani, Sungai Besar

Homestay Sungai Haji Dorani. Kali kedua ke sini dan tak teragak-agak untuk ulanginya buat kali ketiga :)


Menggogoh ikan , bbq ikan keli , tarian kuda kepang, bermain layang-layang, mencanting batik, nasi ambeng ,gotong-royong bersihkan surau, boling kelapa, terompah gergasi . Satu lawatan yang hampir sempurna :)

Ya sederhana tapi sempurna.


Tak nak dah cakap pasal aktiviti. Nak cakap perasaan sampai sini. Terasa berada di tempat asal usul melayu yang sebenar. Mula dari bawah , bermuafakat , sederhana namun bahagia. Duduk di kawasan bandaraya namun masih terpelihara segalanya.Obsesnya dengan sawah padi. Homestay 1 kepala RM 50 je. Ada rumah angkat.



Oleh kerana berlagak bajet pencinta alam sekitar, thus this time tak selfie bagai. Just enjoy the momment. Kawan snap 250 gambar tapi diri sendiri 5 gambar je ? Itupun dapat hidayah masa nak balik. Snaplah pakai phone kamera murah 2 mp dari atas bas je. Pun jadilah :) Phone picit-picit nokia.

Nasi Ambeng. RM 30. Untuk 4 orang makan. 


Dari atas bas yang berjalan


Siapa yang perlukan concrete wall kalau dah ada sawah padi ? Eceh.



Chaotic hectic segala mak nenek pun boleh blah. 

Dilarang rushing,
Keep calm and just enjoy the scenery.


Homestay Haji Dorani,
Jumpa lagi buat kali ketiga, Inshaa Allah.


09 September 2013

Cashout 8share yang pertama

Walaupun blogging 4 tahun dan entry masih ada tak sampai 100, aku masih kerap menulis. Menulis draft. Menulis draft memanjang. Publishnya tidak. Ini pun sepatutnya jadi draft dek kerana malas nauzubillah. Tapi nasib baik 8share baik. Dengan sepantas cahaya guwa publish.


Sejak mengalami krisis kewangan pada raya lepas , diri ini telah mengambil inisiatif untuk terlibat dengan lebih serius dalam aktiviti pengiklanan blog. Sebelum ini hangat-hangat tahi ayam. Blogging since 2009 tapi raya 8.8.2013 baru pasang iklan 8share. Bijak sangat kau adminn -.-


Pasang iklan 8.8.2013 tapi tak semalam 8.9.2013 tengok bank dah ada RM 50 tapi Rm 1 untuk caj urusan. Jadi nak diikutkan memang genap sebulan dapat Rm 50 hanya dengan blogging. Ini cepat dikira cepat la juga. Sebab ada agen pengiklanan yang ambil masa lama kot nak cashout. Jadi pilihlah hari Isnin minggu pertama dengan ketiga. Kalau tahu macam ni punya senang, dah lama dah pasang iklan.




Ohya. Lepas dah dapat Rm 49 ni terus lupa diri nak pasang iklan lagi. Mungkin lepas ni ? Terima kasih 8share! Hidop 8share ! Amboi kemain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...